Pertama untuk tahun ni di bawah Program Pemantapan Usahawan Asmak (Group Coaching).
Ramai yang nak datang, tapi 3 orang sahaja direzekikan berjaya hadir.
Sebenarnya walaupun seorang kami tetap akan on. Sebab apa, yang penting kualiti, bukan kuantiti.
Pagi sesi bersama staf HQ belajar ilmu asas.
Selepas rehat tengahari, solat dan makan, sambung dengan saya pula.
Kat sini senang, boleh bawa anak, ofis mesra kanak-kanak sebab sebagai mak – mak ni kita faham keperluan ibu bila nak berprogram.
Nak berehat, nak menyusu banyak port ada. Suami nak menunggu pun boleh ada banyak port,dari ground floor sampai tingkat 2.
Semasa sesi saya, alhamdulillah saya berjaya habiskan modul 1 usahawan Asmak : basic, modul terbaru saya untuk 2020 ni dan pertama kali saya sendiri yang ajar terus agen.
Tak sangka dapat habiskan dalam masa lebih kurang 3 jam lebih. Jadi mudah sebab mereka dah follow semua audio saya dan penulisan saya di group khas. Alhamdulillah.
Tahu tak salah seorang dalam gambar ni datang dari Negeri Sembilan bawa baby seorang diri?
Sambil menguruskan anak dia belajar. Gigih sangat kan?
Nampak tak kalau nak seribu daya. Orang berjaya mencari jalan, orang gagal mencari alasan.
Kalau semua nak program dekat je semua, buat depan rumah sendiri susahlah kan.
Selagi tak kena naik kapal terbang, percayalah masih dekat sebenarnya. Masih dalam negara. 😅
Antara nak dengan tak nak je.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Jika rasa penting, pasti akan datang.
Yang terlepas jangan risau, bulan Mac nanti ada lagi akan dibuat 2 atau 3 kali kalau tak silap. Bolehlah datang ye.
Insyaallah kami akan tunjukkan jalan macam mana nak naikkan sales 5 kali ganda paling kurang dari pendapatan sekarang. ❤️