Skip to main content

Asyik cerita yang best sahaja tentang bisnes kan,sesekali kena cerita juga yang tak best.

Sebab itulah realiti meniaga,ada pasang dan surut.

Dan saya tak pernah kesal dengan apa jua yang berlaku kerana yakin dengan rezeki Allah itu. Cuma jauh di sudut hati terfikirkan mereka yang kurang bernasib baik.

Ketika awal PKPB untuk negeri KL,Selangor dan Putrajaya,kedai Nangka Madu 916 kami masih tak nampak impak lagi.

Masuk hari ke berapa entah saya lupa,sales semakin teruk dan merosot.

Kereta sangat kurang atas jalan.

Lalu kami mengambil keputusan untuk tutup kedai buat sementara waktu sebab kereta memang sangat kurang dan jualan semakin teruk.

Habis sahaja buah terakhir kedua kedai kami ditutup sehinggalah sekarang.

Tak dapatlah nak merasa dah duit dari bisnes sampingan ini. Mujur kami ada bisnes utama,jadi staf kedai nangka madu kami serap untuk buat kerja -kerja bisnes utama iaitu Asmak.

Cuma saya kesiankan peniaga-peniaga kecil yang menjadikan bisnes makanan sebagai bisnes utama mereka. Orang kata jual makanan ni senang,tapi bila jadi apa-apa ianya antara yang mudah terjejas dulu kalau tak kena cara.

Pelanggan kami kebanyakan orang luar yang dari 3 negeri dan yang perlu melalui 3 negeri itu.

Bukan semua orang tahu jalan dalam dan bukan semua orang sanggup lalu ikut jalan dalam yang boleh tahan teruk jalannya.

Jadi jalan terbaik,tutup dulu sementara waktu sehingga keadaan pulih.

Saya jangkakan PKPB akan mengambil masa yang lama dan kami pun tak tahu bila boleh beroperasi. Kelihatan kedai nangka lain pun banyak yang tutup,hanya ada beberapa yang buka.

Inilah sisi bisnes yang orang tak tahu,bila terpaksa hadap kerugian.

Allah dah beri banyak sangat keuntungan,terlalu banyak.

Bila Allah uji dengan kerugian,tetaplah bersyukur sebab Dia dah bagi advanced lama dah.

Itulah pentingnya simpanan.

Menyimpanlah setiap hasil pendapatan kita sebab kita tak tahu bila kita akan berada dalam kesulitan.

Terima kasih Allah atas segala ujian dan nikmat- Mu.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply