Esok Syaimah ni dah mula sekolah darjah 1.
Tapi tak merasa masuk sekolah apatah lagi orientasi.
Dahlah tak pernah sekolah pra dan tahun lepas masuk playschool. Banyak juga nak kena kejar. Tapi buat santai – santai je.
5 orang nak kena belajar online. Tolak seorang dah tak sekolah sebab nak ambil SPM calon persendirian + seorang sekolah dia buka sebab kategori khas, 3 laptoplah kena ada esok.
Hp pun dah stand by. Mujur simpan hp hp lama yang dah tak guna tapi setakat nak kelas online tu boleh sangat.
Dari tak bagi anak hp sangat, tahun lepas pecah rekod sebab seorang satu dah ada hp, penangan belajar online punya pasal. Lastnya banyak main game je. Tak bagi nanti sibuk nak keluar.
Zaman mereka, nak elak sangat pun tak boleh.
Pilihan yang ada, bagi dan pantau. Nanti sekolah dah buka ambil semula dan sibukkan dengan pelajaran dan aktiviti lain.
Ada yang senasib ke😅