PEJUANG YANG TAK DIDENDANG
Siapakah mereka ?
Mereka itu ada di kalangan kita. Mereka ini ada yang sangat dikenali dan ada yang tidak dikenali.
1. Mereka ini adalah jenis manusia yang cuba untuk berusaha sendiri mencari rezeki. Mereka cuba ubah nasib diri dan keluarga mereka.
2. Mereka itulah bangsa usahawan. Bangsa yang tak didendang dan usaha mereka dipandang sepi sesetengah orang.
3. Mereka perlu bersaing dengan bangsa usahawan lain yang tiada halal haram,dan ada tangan tersembunyi yang membantu suntik modal besar dan bantu itu ini.
4. Mereka selalu dibandingkan dengan pihak satu lagi. Sedangkan mereka itu bukan tidak bagus,tapi ada perkara-perkara yang perlu dijaga,kemudian ada benda-benda yang menyekat mereka untuk pergi jauh.
5. Mereka ini ada yang mampu memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Cuma nak dibandingkan dengan pihak satu lagi memang selalunya banyak yang ada beza.
6. Kalau ada yang gah pun di kalangan bangsa usahawan ini,lihatlah siapa ibu bapa mereka,keturunan mana atau dapat suntikan dana dari mana. Usah dibanding dengan mereka yang memang bermula dari bawah dan bermula dari susah.
7. Bangsa usahawan ini selalu disekat dari pelbagai segi. Dari segi harga pun dah kalah,main harga kaw2 yang satu lagi. Macam mana nak bagi murah kalau dapat pun dah mahal?
Mereka yang satu lagi biasa boleh buat banyak2,pun boleh dapat harga murah,sedangkan bangsa usahawan biasanya mula kecil2,harga kos lebih mahal.
8. “Ini nak pergi haji balik hari “ kata mereka. Sedih bangsa usahawan yang mendengar. Mereka bukan taikun atau ada siapa2 di belakang yang jadi kartel untuk bagi harga murah. Mereka hanya mahu berusaha untuk berdagang mengikut kemampuan mereka,tapi dikondem bangsa sendiri.
9. Mereka yang satu itu kuat sebab mereka disokong penuh oleh orang2 mereka. Orang2 mereka sangatlah kuat semangat membantu orang2 nya. Mereka bersatu bab ekonomi dan dalam apa sahaja mereka memang bersepakat.
10. Bangsa kita? Ada yang lebih suka menyokong pihak itu sebab dapat lebih murah katanya. Bangsa usahawan tak mampu nak beri harga macam tu. Mereka pedagang kecil. Tapi mereka membayar zakat. Bagi yang support mereka,ada sahamnya di situ.
11. Banyak kali aku sendiri kena,dengan supplier pihak mereka, orang mereka dapat harga lain. Dengan kita harga lain. Sampai macam tu sekali ye mereka membezakan kita.
Ketika mahu menyertai booth juga begitu,bangsa dia boleh buka banyak2 sebab dapat harga tapak murah dan ada juga berdasarkan dengan jualan,tapi dengan kita diberi harga yang sangat mahal. 
Orang kita tahukah ini semua?
12. Mereka itu kebanyakannya bukan suka kita sangat,tapi duit kita mereka nak. Kerana mereka tahu kuasa membeli terbesar di tangan kita.
Menipu pun tak apa,asalkan duit kita jadi milik mereka.
13. Sampai bila baru nak nampak benda ni? Bukan nak main sentimen apa2,tapi mereka dah lama buat. Kamu sahaja tak nampak. Mereka itu sudah lama sokong sesama dia sahaja. Tapi orang kita bila diajak,dikatanya kita racist. Sedangkan jika diteliti sudah pasti jelas siapa yang racist sebenarnya.
14. “Servis mereka bagus dan mantap” kata mereka. Servis bangsa usahawan kita macam mana nak bagus dan mantap,baru berniaga dah kena viral. Silap sikit viral lagi. Pendek kata dunia viral ni semua lapar viralkan bisnes orang. Baru nak naik dah lingkup dek penangan viral. Benda boleh bincang tapi masing2 nak perhatian viral sana sini sampai jatuh bisnes orang lain.
15. Kenapa susah sangat nak komplen direct pada boss sahaja? Jika benar niat untuk bantu mereka tambah baik,kenapa nak viralkan? Melainkan ada niat sebaliknya.
16. Benarlah kadang yang menjatuhkan kita orang2 kita juga. Sedangkan mereka itu bab ini sangatlah bersatu. Entah sampai bila bangsa usahawan nak dapat peluang macam tu,bila mana bangsa sendiri yang menjatuhkan.
17. Mereka itu ada taikun2 di belakangnya,juga ada “cuci2”,modal besar,mereka mampu sediakan apa sahaja,kenapa nak banding dengan kapasiti bangsa usahawan kita yang terhad.
18. Bangsa usahawan kita nak letak barang di tempat mereka pun disekat,hanya sedikit yang lepas. Mereka menguasai ekonomi negara ini. Lihat sahaja kedai2 dan pasaraya kebanyakan milik mereka. Mereka bagi masuk barang orang2 dia. Barang2 orang kita susah nak lepas.
19. Sudahlah bermula kecil,diviral sana sini,disekat lagi dan dibanding-bandingkan,macam mana bangsa usahawan kita nak ke depan?
20. Bangsa usahawan kita ada halal haram. Mohon apa2 ikut saluran. Tak buat kerja2 “membayar” atau under table. Jadi mereka yang advanced bab ni lebih ke depan dalam banyak hal.
21. Tak dinafikan banyak yang boleh ditiru dari cara mereka yang gigih,rajin,kreatif dan macam2 lagi,tapi usahlah dibanding berlebihan kerana kita masih ada batasan yang perlu dijaga.
22. Dana-dana dan geran banyak,tapi tak tahu di mana silapnya dapat pada kroni dan orang2 yang sama,yang memerlukan terus berusaha dengan keringat sendiri.
23. Bangsa usahawan kita dagangan mereka bagus2,yang kurang cuma dari segi pemasaran,strategi dan sokongan.
24. Contohilah pihak itu,mereka utamakan support orang2 dia,tapi di mana orang2 kita? Orang2 kita support mereka juga.
25. Jadi siapa yang support bangsa usahawan? Mereka itulah yang orang2 kita yang sentiasa sokong biarpun mahal sedikit tapi dia berniat supaya bangsa usahawan boleh teruskan usahanya untuk menaikkan ekonomi dan boleh membayar zakat. Terima kasih kepada orang2 ini yang selalu utamakan bermuamalah dengan bangsa usahawan. Golongan ini masih wujud.
Kepada bangsa usahawan,bangkitlah walaupun penuh halangan dan sekatan di depan,belakang,kiri dan kanan. Tonjolkan usahamu untuk ke depan dan carilah ilmu untuk menaikkan ekonomi tanpa jemu. Percayalah rezeki Allah tak pernah salah alamat.
Kepada yang menyokong,teruskanlah menyokong,setiap sen yang anda belanjakan untuk menaikkan ekonomi orang kita,InsyaAllah takkan sia-sia.
Penulisan ini terkecuali kepada bangsa usahawan yang menggunakan bad marketing,cara murahan,viral sana sini dan buat benda bukan2 serta menjual benda yang bukan2 serta harga memang melampau. TERKECUALI.
Dan tentang mereka itu,bukanlah semua,masih ada yang baik2. Cuma susah sikit nak jumpa.
Tak percaya lihat sahaja di sekeliling nanti. Perhatikan.






