Situasi 1
Ada yang tertanya – tanya. Situasi mereka ialah duduk rumah, keluar pun tak. Beli barang pun online. Pasangan keluar pun ke tempat kerja, balik, memang jaga SOP dengan ketat.Tapi tiba-tiba positif. Pasangan yang duk keluar tu negatif.
.
Situasi 2
Pasangan ini, seorang cucuk seorang tak. Tapi lepas cucuk, habis satu rumah positif.
.
Situasi 3
Satu ofis cucuk kecuali seorang ini. Orang lain semua positif kecuali dia.
.
Situasi 4
Lepas cucuk positif, salahkan PPV.
.
Eh, kan jaga SOP.
Salahkan kad bergambar tu.
Eh, kan pakai sanitizer.
Mana datang positif lepas cucuk dan apakah yang trigger sakit yang sudah ada dan seolah-olah mahu mempercepatkan kematian?
.
Situasi 5
Ini paling seram. Lepas cucuk, sakit, mati. Tapi semua hanya mengucapkan takziah, ahli keluarga pun redha. Tak ada siapa nak berbunyi kenapa tiba-tiba positif, kenapa sihat tapi mati mengejut. Tiada siapa berbunyi.
Kisah berlalu macam tu je. Ahli keluarga redha. Bab ajal dan maut kuasa Allah semua maklum. Isunya, ada sesuatu yang pelik menjadi penyebab kematian, tapi ianya disembunyikan.
Apakah yang sedang berlaku sekarang?
Pernah dengar tak pasal ni?
Kalau tak maksudnya memang anda duduk dalam dunia sendiri dan tak ambil tahu. Jangan harap nak tengok benda ni semua kat mainstream media. Memang tak jumpa. Kalau jumpa pun yang dah spin baik punya.
Apalah nak jadi. Sedih.
.
Ramai yang dalam mode in denial. Sampai bila?