Skip to main content

Banyak sungguh hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Patutlah Allah tak permudahkan urusan, rupanya ada sesuatu akan berlaku.

1. Sepatutnya saya buka Cafe Nangka Madu 916. Tapi banyak benda jadi perlahan sampai saya asyik tak berkesempatan nak buka.

Bayangkan kalau saya buka, banyak kerugian kena tanggung.

2. Ada satu produk sampingan saya yang supplier push kami order banyak sedangkan ianya hanya produk sampingan.

Saya ambil keputusan drastik untuk hold sebarang urusan dengan supplier berkenaan dan beritahu mungkin tak buat dah kalau demand macam tu.

3. Patutnya suami bayar yuran tuisyen untuk anak di satu tempat ni harga boleh tahan, tapi saya suruh tangguh dulu.

Ada lagi beberapa benda, tapi biarlah untuk pengetahuan saya sahaja kerana akan ada yang kecil hati pula nanti.

Sayangnya Allah pada kita sebenarnya.

Tapi sikit sangat kita ingat Dia kadang. 😭

Ampunkan kami Ya Allah.

Kadang kami alpa bila terlalu memikirkan tentang hidup orang lain.

Bisnes buat kami mempunyai terlalu banyak peluang untuk memperbanyakkan ladang pahala.

Semoga kami tidak akan lalai.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply