PEREMPUAN KENA PANDAI CARI DUIT DULU BARU KAHWIN
Nanti dah kahwin beranak pinak sekali dapat lelaki tak guna,jenuh nak tanggung biawak hidup. Kalau kena tinggal pun dah pandai cari duit sendiri. Begitulah kata mereka..
1. Baru-baru ini berlegar beberapa kali tentang penulisan berkaitan tajuk di atas. Ditekankan tentang pentingnya seorang perempuan itu belajar tinggi-tinggi atau bina kerjaya dulu dan kahwin lambat pun tak apa.
2. Terkesima jugalah sebab ramai menyokong penulisan tu. Dan rata2 di ruangan komen ramai yang dah berkahwin pun setuju dan masing-masing memberi hint menyesal kahwin awal dan ada juga yang kata kalau boleh diundur masa nak kahwin lambat.
3. Tak nak kata ianya betul atau salah ke apa. Sebab itu pandangan dan hak masing2 kan. Izinkan aku cerita sedikit kisah dan pandangan aku pula.
4. Dulu kan,aku tak ada pakwe ke apa masa sekolah. Berbanding dengan kawan2 yang ada pakwe dan sempatlah mereka bercinta monyet,tapi ada juga yang sampai ke jinjang pelamin.
Aku ni siapalah nak,dahlah kulit gelap,pendek pulak tu. Hahaha
5. Jadi aku selalu fikir yang aku ni mesti tak kahwin,atau pun mungkin kahwin lambat kot.
Itulah yang bermain dalam fikiran aku. Aku fikir tak apalah,aku fokus kerjaya je la.
6. Tapi siapalah kita nak lawan ketentuan Allah.
Aku kahwin di awal umur 20-an. Memang aku sendiri pun macam tak percaya jodoh sampai awal,di saat ramai kawan2 yang ada pakwe masa sekolah pun ada yang belum kahwin lagi masa tu.
Sedang elok je aku habis belajar terus posting dan kahwin. Segalanya berlaku pantas macam mimpi. Dapat suami pulak sebaya,macam kawanlah kami ni. Dan banyak benda boleh sembang sebab sama umur.
7. Allah dah tentukan jodoh kita,sama ada cepat,lambat atau mungkin tiada. Tapi Allah dah janji bagi yang tiada jodoh,akan bertemu di syurga nanti. Maka apa pun status kita,berbahagialah. Pasti ada hikmah-Nya.
8. Orang perempuan ni,masa umur 20-an dan 30-an tu masih muda dan bertenaga. Boleh beranak ramai dan masih kuat nak menjaga anak.
9. Kalau kahwin lewat,dapat anak pun lambat. Waktu yang sepatutnya dah boleh fokus lebih pada ibadah tapi kita masih sibuk uruskan anak2.
10. Betul,masa aku kahwin aku dah ada kerjaya sebagai guru. Orang akan kata stabil la kan.
11. Tapi siapa follow kisah aku,korang pasti tahu aku berhenti dan tinggalkan kerjaya aku macam tu je tanpa sebarang planning dan persediaan pun.
Aku bangkit semula mulakan semuanya dengan apa yang aku ada di tangan.
12. Setiap anak itu ada rezekinya.
Aku ingat lagi masa anak pertama,suami yang kerja kilang getah masa tu dapat kerja jadi konduktor dan driver bas Mara. Dapatlah gaji lebih sikit dari masa kerja kat kilang.
Anak kedua dapat beli kereta yang selesa untuk anak2.
Anak ketiga rezeki aku dalam bisnes emas.
Anak keempat rezeki aku dalam bisnes produk dan nangka madu.
Anak kelima rezeki dalam bisnes herba yang ada sampai sekarang.
Anak keenam rezeki dapat lebih banyak aset.
13. Nampak tak setiap anak tu sebenarnya ada rezeki sendiri?
Terbuka satu demi satu pintu rezeki,dengan syarat kita hidup berlandaskan agamalah.
14. Kalau hidup macam orang tak beragama tapi harapkan anak sebagai pintu rezeki memang susahlah.
Rezeki tu bukan dari segi harta je,tapi juga dari segi masa,tenaga dan lain2.
15. Masa anak2 masih kecil,umur rapat2,memang struggle dan penat juga kami. Tapi kami selalu percaya,satu hari pengorbanan ini akan berbaloi. Alhamdulillah,bila anak makin besar,mereka banyak memudahkan urusan2 di rumah dan bantu jaga adik2 yang masih kecil di saat kami sibuk.
16. Kalau takut kahwin awal,nanti kena tinggal atau nanti tak ada duit,kita macam tak percaya pada rezeki yang Allah dah janji.
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuz).
Surat Hud ayat 6
“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Surah At- Talaq Ayat 3
Nampak tak? Allah dah jamin rezeki setiap hamba-Nya. Kita je selalu takut2 tak percaya pada rezeki yang sudah ditetapkan untuk kita. Lepas tu kita mula gelabah.
17. Kalau aku tak percaya pada rezeki,sudah tentu aku takkan berhenti kerja,sebab akan hilang sumber pendapatan. Malah aku juga hilang kelayakan pencen ye sebab belum berumur 40 tahun waktu itu. Ramai kata rugi besar. 15 tahun dalam bidang perguruan,habuk pun tak dapat. Hahaha
Tapi aku berserah dan bertawakal kepada Allah. Aku bergantung sepenuhnya pada Dia.
18. Aku sudah tiada majikan.
Allah satu-satunya “majikan” yang aku ada. Pada Dia la aku meminta siang dan malam agar memudahkan segala urusan aku. Alhamdulillah. Aku nampak jalan satu demi satu.
Jadi kenapa kita nak fikir mesti kahwin lewat supaya terjamin masa depan?
19. Tiada siapa dapat menjamin masa depan kita. Kerja kerajaan pun belum tentu menjamin masa depan kita. Masa depan yang macam mana yang kita nak jaminan tu?
Masa depan di dunia atau masa depan di akhirat?
20. Kalau masa depan di dunia mahupun akhirat,apa2 kerja pun kita boleh usahakan. Asalkan kerja yang halal dan diberkati.
21. Jadi kepada wanita2 di luar sana,
Usahlah takut jika bertemu jodoh lebih awal. Bersyukurlah sebab dapat ladang pahala yang lebih besar bila sudah berkahwin.
Dan anak pula adalah anugerah dan hadiah dari Allah. Macam bonus gitu. Ada yang dapat ada yang tak. Yang dapat Allah bagi pinjaman je,semuanya adalah amanah,bukan hakmilik mutlak kita. Maka didiklah dan jagalah baik2. Tersalah didikan,dosa yang kita dapat.
Kesimpulannya,kalau bertemu jodoh awal ke,lambat ke atau belum lagi,percayalah semuanya ada hikmah tersendiri.
Boleh jadi yang lambat atau tak bertemu jodoh di dunia,dia sempat berjasa pada orang tuanya atau berbuat kebajikan lain pada masyarakat.
Percayalah pada ketentuan Allah itu yang terbaik. Sebab itu aku sendiri tak pernah rasa bangga kahwin awal,anak ramai ke apa. Sebab semua tu ada dugaan dan tanggungjawab yang besar,tiada apa yang hendak dibanggakan. Sebaliknya bersyukur atas apa jua ketentuan Allah.
Paling penting kita sentiasa buat yang terbaik mengikut kemampuan kita,mengikut acuan dalam agama supaya kita tak tersasar.
Ada ke yang menyesal kahwin awal? Percayalah pada percaturan Allah. Bersangka baik,insyaallah yang datang pada kita pun yang baik-baik sahaja.
Dan ingatlah,di saat anda menyesal kahwin awal,ada orang di luar sana yang teringin sangat nak bertemu jodoh tapi belum dapat.
Janganlah kita jadi kufur nikmat.
Sekadar berkongsi pandangan dan kisah sendiri. Tak apa kalau tak setuju,yang penting saling menghormati pandangan masing2.






