Semalam jumpa orang kuat Asmak di Penang.
Alhamdulillah,3 jam yang bermakna kami manfaatkan bersama.
Sebenarnya perjumpaan ni adhoc.
Memang peel bila ada urusan kerja di sesuatu tempat saya akan gunakan untuk berjumpa kakak kawasan sekali jika berkesempatan.
Orang kata sambil menyelam minum air gitu.
Noraida Mohamad orang paling lama dengan Asmak di sini. Alhamdulillah masih bertahan dan kagum sebab beliau seorang yang konsisten dan gigih berusaha tanpa jemu. Sokongan dari suami juga sangat membantu. Insyaallah Aida semakin serius sekarang dan ada pelbagai rancangan sedang diatur.
Kak Siti Raezah Ismail pun tak kurang lama juga. Asmak ni bisnes pertama beliau hanya bermula dengan berkongsi manfaat sahaja. Tak perlu nak beriklan atau menjual beriya. Pengalaman sendiri akan menjadi amat berharga untuk kita menyebarkan manfaat produk. Usia juga bukan penghalang untuk Kak Siti berjaya. Mempunyai empayar bisnes sendiri dan alhamdulillah support dari suami juga sangat membantu.
Gaiss..
Kalau nak pergi jauh, dapatkan support dari suami.
Suami tak support kadang sebab diri sendiri gagal membuktikan sesuatu. Jadi buat sampai jadi dan berilah hadiah pada suami hasil bisnes dan teruskan berdoa, insyaallah lembut hati nanti.
Orang Utara terutamanya Penang kalau nak menyertai keluarga Asmak bolehlah melalui dua orang otai ini ye.
Selain Asmak boleh juga dapatkan produk di bawah edaran kami seperti Susu Pisang Nilofaa dan biskut kuning Edalia Gold Malaysia.
Insyaallah nanti nak ke sini lagi untuk berjumpa dengan para pengedar di utara.
Geng Utara, nanti kita atur perjumpaan naa..insyaallah. ❤️
Buat kat sini pun best juga. Banyak meeting room. 😍