Pernah tak kena, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba ada yang buat keputusan mengejut. Mujur tak ada sakit jantung. 😅
Hidup ni susah jika kita jenis suka memendam memanjang.
Hidup juga susah bila kita dah tahu kelemahan kita apa, tapi kita buat juga, tak nak berubah.
Hidup juga susah kalau kita ni overthinking fikir macam-macam, lepas tu tersalah sangka.
Hidup juga susah bila kita ni jenis kuat sangat cover dan berselindung (di hati lain, di mulut lain).
Sebaliknya hidup terasa lebih tenang dan bahagia apabila kita ini jenis yang mudah dan suka berterus – terang, walaupun pahit.
Hidup lebih tenang bila ada masalah kita cari solusinya.
Hidup lebih tenang bila kita jenis tak complicated sangat dan bersangka baik dengan orang.
Hidup lebih tenang bila kita bukan jenis fake, apa di hati, itulah jua di mulut.
Pilihan di tangan kita. 🥰
Saya memilih untuk tenang-tenang sahaja, biar pun ujian yang datang menguji kesabaran kadangkala. Allah itu ada. Buat baik dapat baik. Simple.
Yang penting jangan khianati kepercayaan orang kepada kita sebarangan. Risau kifarah je.
Hidup bukannya lama untuk dipersiakan.
Sekali melangkah, usah berpaling. 💪💪💪