Profil

Kenali Cikgu Nor Fazilah

Nor Fazilah Abd Mohd
Usahawan dan Mentor

Seorang pendidik, pencinta ilmu, trainer, usahawan dan mentor kepada para usahawan lain – Cikgu Nor Fazilah adalah pengasas dan CEO kepada dua syarikat – MHAM Sdn Bhd dan BMS Sdn Bhd yang mengfokuskan kepada pengeluaran produk-produk natural dan pengembangan potensi para agen untuk menjadi usahawan yang berjaya. 

BERJIWA PENDIDIK

Sejurus selepas pengajian di Kuala Terengganu, anak jati kelahiran Lurah Bilut, Bentong ini memulakan tugas beliau sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Bentong, Pahang. Mengajar di sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar sememangnya amat mencabar. Profesion guru ini telah mengajar beliau erti kesabaran dan kasih sayang, terutamanya dalam melayan karenah anak didik. Selepas menabur bakti selama 12 tahun dengan penuh dedikasi, akhirnya beliau berhenti pada 2017 untuk meneruskan cabaran membimbing para usahawan di luar sana.

Bisnes Biasa Tapi Marketing Luar Biasa !!

NANGKA MADU 916 DAN AIR TEBU PIAWW

Selain daripada terkenal dengan Halia Bentong, Bentong juga terkenal dengan buah-buahan bermusim yang lebih ‘sedap’ jika dibandingkan dengan buah-buahan daripada tempat lain. Antaranya ialah Nangka Madu Bentong. Kalau anda dalam perjalanan antara KL dan Kuantan, jangan lupa singgah di gerai Nangka Madu 916, pasti anda akan tidak akan lupa kesedapan Nangka Madu Bentong. Gerai kendalian Cikgu Nor Fazilah dan suami, En Mohd Selodi ini amat terkenal, hasil strategi pemasaran melalui internet, media cetak dan media sosial. Gabungan Air Tebu Piaww yang lazat dan Nangka Madu, jika anda singgah sekali, pasti anda akan singgah lagi berkali-kali !!




USAHAWAN EMAS

Cikgu Nor Fazilah mula bergiat aktif dalam perniagaan emas sejak 2008. Percaya bahawa sesuatu yang hendak dilakukan hendaklah dengan ilmu, ditambah lagi dengan banyaknya skim-skim penipuan melibatkan emas, beliau terus-menerus menyelidik dan mendidik usahawan dan orang awam berkenaan dengan perniagaan emas dengan betul. Dimulakan dengan blog beliau JutawanGold.com dan curahan ilmu di forum-forum maya, beliau telah mencurahkan ilmu dan pengalaman dalam nukilan buku Belajar Ilmu Emas Dalam 10 Bab. Buku ini telah sudah memasuki cetakan keempat, dan versi e-book telah terjual puluhan ribu unit. Buku ini menjelaskan kesemua aspek perniagaan dan pelaburan emas secara detail dan ringkas dengan gaya yang mudah difahami.

Brand Owner dan Mentor Usahawan

MENUBUHKAN MHAM SDN BHD DAN BMS SDN BHD

Berbekalkan ilmu dan pengalaman beliau memasarkan pelbagai produk ‘orang lain’ serta menguruskan ribuan rangkaian pengedar, pada 2016, Cikgu Nor Fazilah telah mengambil keputusan untuk membangunkan produk jenama beliau sendiri. Dengan menubuhkan MHAM Sdn Bhd, syarikat ini telah mengeluarkan rangkain produk-produk kesihatan dengan janama ASMAK. Secara automatik, para agen dan stokis mendapat bimbingan dan tunjuk ajar secara terus daripada beliau. Pada 2017, beliau menubuhkan pula Bumi Maya Solutions (BMS) Sdn Bhd untuk mengembangkan lagi aktiviti bimbingan beliau ke seluruh negara.




BENGKEL, SEMINAR DAN GROUP COACHING

Cikgu Nor Fazilah sangat aktif menganjurkan pelbagai bengkel dan seminar perniagaan. Beliau sentiasa gembira untuk menerima permintaan untuk sesi group coaching. Tidak seperti kebanyakan penceramah yang hanya belajar secara teori sahaja, sesi-sesi ilmu Cikgu Nor Fazilah adalah berdasarkan ilmu yang telah dipraktikkan beliau sendiri dan juga pengalaman perniagaan yang sebenar. Jika saya boleh, kenapa anda tidak boleh – ini adalah prinsip utama Cikgu Nor Fazilah. Hubungi beliau sekarang sekiranya anda rasa anda boleh berjaya !!




MENYERTAI EKSPO DAN PROMOSI PERNIAGAAN

Ekspo dan program promosi perniagaan adalah lubuk untuk meluaskan jaringan kerjasama antara pemilik-pemilik perniagaan, di samping bertemu dengan pelanggan-pelanggan baru. Untuk meningkat naik dan mengukuhkan jenama, Cikgu Nor Fazilah kini aktif menyertai pelbagai ekspo dan program promosi perniagaan.




MUNCUL DI MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK

Cikgu Nor Fazilah sering muncul di pelbagai media cetak dan elektronik bagi berkongsi tip-tip perniagaan di samping memasarkan jenama dan produk syarikat beliau.