RAYA HAJI YANG TIDAK MERIAH
“ Raya puasa lagi best dari raya haji. Raya haji ni kita dapat cuti maka kita cuti je la. “
“ Raya haji ni nak pergi jalan mana-mana”
“ Raya haji ni nak duduk rumah je tidur best juga. “
“ Raya haji ni tak sambut pun sebab kita dah tak ada siapa”
Biasa dengar?
Kalau tak semua mesti salah satu kan?
Apa yang dirisaukan ialah satu hari nanti generasi akan datang iaitu anak cucu kita tak tahu dah erti raya haji atau raya Aidiladha yang sebenar,jika kita sebagai generasi yang senior ni tak buat apa yang sepatutnya.
Mereka patut tahu yang raya qurban ni terkandung beberapa kisah di dalamnya iaitu ;
– 10hb Dzulhijjah adalah tarikh Nabi Adam dan isterinya Hawa diturunkan ke bumi dari syurga dan jumpa di padang Arafah
– Hari raya haji juga disambut untuk menandakan ziarah umat Islam yang dipanggil ibadah haji dan mengimbas perjalanan haji nabi Muhammad SAW ke Mekah
– Ia juga untuk memperingati kisah pengorbanan nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anaknya nabi Ismail kerana ketaatannya pada Allah dan bukti keimanannya.
– Tak lupa kisah Habil dan Qabil yang mengajar kita erti kesanggupan memberi yang lebih baik dan erti kesyukuran.
Raya haji masih meriah di beberapa negeri sebenarnya. Tapi perbezaan dengan negeri yang tak meriah tu agak besar.
Sedangkan raya haji ni 4 hari,raya puasa cuma sehari yang sebenarnya (geng sambut sebulan tak perlu trigger,tak salah pun nak sambut sebulan ke apa,aku cuma cakap raya sebenar memang sehari)
Tak nak salahkan sesiapa,cuma sekadar nak ceritakan kisah diri sendiri tentang raya haji atau qurban atau Aidiladha ni.
Semoga ada yang dapat jadikan ibrah sebab niat menulis hanyalah untuk berkongsi pengalaman sahaja. Jika ada yang fikir lain,itu di luar kuasa aku untuk memahamkan semua orang.
1. Dari kecil lagi aku tak faham sangat tentang raya haji ni. Sekadar apa yang belajar di sekolah sahaja la.
2. Family pun tak ada buat qurban,kadang2 je ada join bayar bahagian pada orang2 yang menguruskan daging qurban. Lagi pun aku asal keluarga yang susah,hidup cukup2 makan,kadang tak cukup makan. Jadi aku tak pernah salahkan keluarga aku pun.
3. Selebihnya masa raya haji tu macam biasa je,berbaju raya,duduk rumah dan aktiviti macam raya puasa je kadang. Jumpa saudara mara,borak2 dan sebagainya.
4. Tapi bila semakin meningkat dewasa,aku mula belajar dan memahami sendiri lebih mendalam tentang erti raya haji yang sebenar.
5. Tambahan suami aku orang Kelantan,mereka kat sana memang lagi meriah raya haji dari raya puasa. Raya puasa kat sana biasa meriah sehari je. Alhamdulillah memang betul2 ikut cara nabi bab ni.
6. Jadi aku pun terikut sekali sambut raya haji yang meriah kat sana. Cuma kami tak dapat balik setiap tahun pun sebab masa tu masing2 makan gaji lagi dan suami susah nak cuti.
7. Aku pula mula belajar join ibadah qurban yang kawan2 buat,kadang ambil 1 bahagian,kadang lebih.
8. Aku juga pernah join ibadah qurban luar negara sama ada yang kawan aku handle sendiri kat sana atau yang secara online tu.
9. Betul ibadah qurban luar negara ni lebih mudah. Hanya bayar sahaja. Dan ramai suka sebab dia lebih murah juga. Aku pula masa tu sebab entahlah sibuk dengan apa,jadi selalu la juga join yang online ni.
10. Lama kelamaan rasa macam sesuatu. Aku tak ingat terbaca atau terdengar perkongsian ustaz mana,katanya lebih kurang begini
“ Qurban yang terbaik adalah yang mengutamakan orang terdekat dahulu,jika ada kuota lebih barulah orang yang lebih jauh. Juga utamakan orang fakir miskin dulu,barulah yang lain “
Terus rasa macam zuppppp,tersentap gitu..huhu
11. Sejak itu aku dan suami buat sendiri ibadah qurban ni untuk orang2 terdekat. Beberapa tahun kekal begitu.
12. Dalam masa yang sama aku mula mencari info,di manakah orang2 fakir miskin yang memang betul2 susah dan payah nak dapat daging ni. Info yang aku dapat agak kurang dan bertahun aku mencari. Maybe sebab aku mencari time nak dekat raya je jadi payahlah sikit dan aku pun tak sempat nak cari sungguh2. Sekadar hebahan di socmed je.
13. Sebab apa aku sibuk cari tu padahal dah buat di tempat sendiri? Sebab kat tempat aku duduk dan kg aku dan suami,dah mewah dengan daging. Ramai sangat yang buat qurban.
Tambahan mereka semua ini bukan kategori yang susah sangat nak jumpa daging juga.
14. Dia punya banyak tu sampaikan kita yang buat qurban pun dapat banyak daging dari orang lain yang buat.
15. Aku terus tak sedap hati dan memendam satu keinginan yang belum kesampaian.
16. Alhamdulillah pada tahun ini impian aku tercapai juga. Aku dah jumpa tempat yang memang sesuai untuk aku buat qurban. Mereka ini orang kita tuan puan,di negara kita. Kami selalu berkunjung ke sana dan lihat sendiri kehidupan mereka.
17. Kehidupan yang cukup2 makan,kadang tak cukup pun. Daging untuk mereka makanan yang mewah,jarang sangat nak dapat.
18. Syukur akhirnya impian kami nak buat qurban untuk orang yang betul2 susah tercapai juga.
19. Terus terang,sepanjang aku buat qurban,aku rasa inilah qurban yang aku rasa paling puas hati buat. Sebab betul2 sampai pada orang yang masih dalam negara kita dan sampai pada orang yang benar2 susah.
20. Mereka sangat gembira dan kami pun tumpang happy.
21. Aku sebenarnya jarang nak cerita hal2 ibadah macam ni dengan orang. Berpuluh kali aku fikir. Tapi aku cerita sebab aku tengok raya haji dipandang sepi dan masih ramai di antara kita yang tak dapat buat qurban pada orang yang benar2 susah.
22. Aku faham,sebab aku pun sama macam korang juga. Bertahun aku mencari (tak sungguh2 pun sebab sibuk) barulah jumpa.
23. Jadi dengan langkah pertama ni aku harap aku dapat bersedia untuk tahun2 berikutnya jika umur panjang. Aku dah mula survey orang2 susah di sekeliling tempat mereka. Dan survey anggaran daging yang mencukup kalau nak cover kawasan tersebut untuk tahun depan. Sebab tahun ni lambat dapat info jumlah penduduk kat sana yang berdekatan.
24. Aku juga mula dah berangan nak survey kawasan2 lain di situ dan di tempat lain. Mana tahu ada geng nak join bolehlah kita buat sama2 projek ni. Aku tak ada ambik apa2 profit pun buat qurban ni ye. Benda macam ni aku tak tergamak nak ambil untung atas angin ke apa. Lainlah kalau aku ternak sendiri kan,itu bukan kejar keuntungan,itu memang menjual hasil ternakan.
25. Cadangan aku,korang nak buat ibadah qurban ni bersedialah dari awal. Aku selalu kena sebelum2 ni last minit baru nak cari daging semua,last aku dapat binatang yang kurus2 je korang 

Last minit selalunya susah dah nak dapat yang gemuk2.
26. Korang boleh plan dari awal ;
1. Bajet berapa dan nak qurban apa
2. Survey anggaran kos
3. Kalau perlu menabung dari sekarang setiap bulan
4. Booking awal 2-3 bulan atau lebih awal lebih bagus.
5. Kalau ada geng ajak join sekali untuk cukupkan bahagian
6. Survey dari awal nak buat qurban kat mana
27. Pada yang mampu tapi tak buat,rugi sangat tau. Sebab peluang ni datang setahun sekali sahaja.
28. Pada yang tak mampu boleh usahakan untuk buat ikut kemampuan. Menabunglah dari sekarang untuk buat tahun depan. Kalau 1 bahagian RM700,simpan RM70 sebulan. Cukup 12 bulan dah lebih dari cukup nak buat. Atau pakat dengan suami/anak/saudara mara/kenalan pun boleh. Bergilirlah letak nama wakil tu,yang lain akan dapat pahala sedekah. Tahun depan rotate.
29. Untuk mengajar anak2 erti raya qurban ni,aku buat juga sikit di tempat sendiri. Dan tahun ni agak bermakna sebab buat pertama kali kami akan masak sendiri bersama-sama. Aku nak anak aku betul2 menghayati ibadah ni. Supaya nanti mereka akan jadikan aktiviti ni sebagai rutin tahunan dan kewajipan sebagai umat Islam. Inilah usaha kecil aku dan suami buat keluarga kecil kami dan komuniti terdekat. Semoga dapat beri idea pada korang. Itu je aku harap. Jangan memuji2 ke apa tau,aku segan dan rasa tak layak. Allah sahaja yang layak dipuji. Aku cuma posmen yang memberi ilham pada korang.
Kesimpulannya ; Rancanglah aktiviti qurban lebih awal,usahakan cari orang2 susah yang terdekat dengan anda,ada kuota lebih bolehlah buat di luar negara sekali. Aku tak kata salah,sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman sendiri sahaja. Sebab Allah lebih tahu kan,kasut kita tak sama. Raikan perbezaan,elakkan perbalahan
Selamat menyambut hari raya Qurban buat semua.
Hari ni hari Arafah,jangan lupa berdoa banyak2 sebab doa mustajab hari ni. Malam raya juga boleh berdoa.
Semoga diperkenankan doa2 kita semua. Amin
Thanks yang sudi baca sampai habis. Kalau ada nak share atau komen apa2,silakan jangan malu2. Aku pun banyak belajar dari komen2 korang semua.
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam,
16hb June 2024