Skip to main content
kesihatanMakanan

Resepi Kek Sihat.

Teringin nak makan kek tapi tengah elakkan gula dan buat IF lazy keto?
Atau nak cari desert untuk raya?
Try resepi ni
Korang boleh menikmati keistimewaan kek coklat tanpa tepung yang kaya dengan rasa coklat, lazat, dan lembut ini yang rendah karbohidrat dan bebas gluten.
Bahan-bahan :
8 sudu besar salted butter
200g dark coklat, dihiris halus
5 biji telur besar, dipisahkan putih dan kuning
3/4 cawan pemanis monkfruit dan 1@2 titis stevia
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk espresso
2 sudu teh ekstrak vanila
1/2 sudu teh garam
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 350 F. Lapis loyang springform 9 inci dengan baking paper atau sapukan mentega pada loyang dan ketepikan.
2. Cair mentega sepenuhnya dalam mangkuk microwave atau periuk kecil. Gaulkan coklat yang dihiris halus dan kacau sehingga cair. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.
3. Pukul putih telur dengan mixer. Pukul telur sehingga ia menjadi dua kali ganda, perlahan-lahan tuang pemanis monkfruit ke dalam putih telur dan terus pukul sehingga bertanduk. Ketepikan.
4. Check campuran coklat dan butter tadi, pastikan sudah sejuk untuk dicampurkan bersama kuning telur. Perlahan-lahan kacau setiap kuning telur, sambil memukul. Campurkan serbuk koko, serbuk espresso, garam, dan ekstrak vanila.
5. Hidupkan semula mixer pada kelajuan rendah dan tuangkan campuran coklat cair tadi. Segera berhenti memukul apabila coklat dan putih telur telah sebati. Jangan overbeat
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang springform yang telah disediakan. Bakar selama 25-30 minit. Atau hingga kek masak
7. Biarkan kek sejuk sepenuhnya. Kek akan sedikit mengecut semasa sejuk, ini adalah normal. Taburkan serbuk koko dan hidangkan dengan krim putar dan buah jika diingini.
Selamat mencuba

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply