Rukun Iman masih 6. Saja share,huraian no 2 sampai 6 boleh cari sendiri. Fokus pada rukun iman nombor 1.
Sedih melihat umat Islam hari ni.
++++++++++++++++++++++
RUKUN IMAN
Pengertian Iman
Dari Segi Bahasa:
Dari segi bahasa membawa maksud percaya, yakin dan membenarkan.
Dari Segi Syarak :
Kepercayaan yang terbitnya daripada hati seseorang iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa Rasullah SAW adalah benar dan datangnya daripada Allah SWT.
Iman merupakan anugerah Allah S.W.T yang amat tinggi nilainya kepada orang-orang Islam. Iman adalah perkara yang membezakan seseorang itu sama ada beriman atauppun kafir. Dengan imanlah manusia akan mendapat keredaan Allah. Keimanan yang kukuh akan menjadi benteng daripada kerosakan yang dibawa oleh nafsu dan syaitan.
Maksud Rukun Iman:
Rukun Iman bermaksud perkara yang wajib dipercayai dan diyakini oleh setiap umat Islam.
Rukun Iman
Rukun Iman ada 6 perkara
Beriman kepada Allah
Beriman kepada malaikat
Beriman kepada kitab
Beriman kepada rasul
Beriman kepada hari kiamat
Beriman kepada qadak dan qadar
Huraian ringkas rukun-rukun iman:
1. Beriman kepada Allah
Maksudnya mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang mencipta alam ini dan Dia-lah Tuhan yang berhak disembah dan ditujukan segala pergantungan hidup.
Sumber rujukan :
Indahnya Hidup Bersyariat –
Dato’ Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab.Hamid