Hari ini merupakan hari yang menjadi sejarah setahun yang lalu.
Sejarah mendapat title yang baru.
Merasai apa yang kebanyakan orang dah rasa,tapi ada yang belum pernah rasa.
Selalu orang berpesan,hargailah orang tua selagi mereka masih ada. Sehingga selalu ingatkan diri supaya tak menyesal kemudian hari.
Dia tak sempurna. Serba kekurangan. Namun dalam keadaan yang begitu sekurang-kurangnya semasa membesarkan kami dia cuba beri yang terbaik.
Ayah kena strok sejak 2012 lagi dan terlantar. Sejak itulah saya selalu sedih mengenangkan nasibnya. Kadang menangis sendiri.
Dengan ilmu dan info yang agak terhad pada masa itu saya bawa dia ke sana sini untuk merawat tapi tak diberi kerjasama.
Bertahun juga sehingga saya biarkan ayah dengan kehendaknya untuk tidak berubat lagi.
“Kenapa abah”
” Tak maulah,tengoklah kaki ni” sambil tunjukkan kakinya.
Ye,dia pernah eksiden,dan kakinya jadi cacat sikit,tak sama tinggi. Sudahlah strok,kaki tak sama tinggi,ia menyukarkan lagi untuk dia berjalan.
Akhirnya saya tak memujuk lagi dan hanya memantau abah supaya dia cukup keperluan dan selesa di rumah.
Sesekali bila saya tanya ” Jom abah,dengarnya ada satu tempat ni bagus..bla..bla ”
Jawapannya sama .. “Tak mau la”
Saya ada sambung bilik besar belakang rumah,asalnya untuk anak-anak yang pertama hingga ketiga masa tu sebab mereka suka bermain dan mak saya pula jenis suka keadaan rumah kena kemas.Jadi buat bilik itu untuk mereka bermain di situ.
Hikmahnya bilik itulah digunakan untuk ayah tinggal dan ianya cukup besar.
Kenapa tak duduk dengan mak?
Mereka dah bercerai lebih kurang 2 tahun sebelum itu,ketika umur saya 27 tahun.
Sedih?
Memanglah sedih. Tapi sebab dah biasa berpisah dan duduk sana sini sejak kecil setiap kali pertelingkahan orang tua,sedihnya mungkin tak sekuat mana.
Cuma tetap terkilan sebab apa pun jadi mak tetap sayang ayah. Ayah pula entah dirasuk apa nekad nak bercerai sedangkan dia boleh lakukannya ketika saya masih kecil lagi.
Saya pun lupa kes apa tapi sebenarnya tak ada isu besar pun,sekadar salah faham.
Di sini saya belajar banyak benda.
Perkara tak baik yang berlaku saya jadikan pedoman buat diri.
Saya bina satu lagi bilik kecil untuk dijadikan bilik musolla,tempat buat kerja dan perpustakaan mini sebelah bilik ayah itu. Sebenarnya saya juga berniat supaya ayah sentiasa nampak kami lalu lalang dan supaya kami boleh lihat dia lebih kerap dan dia tak keseorangan.
Hanya Tuhan je tahu rasa dia bila ke bilik musolla malam hari,dan ternampak orang tua tidur mengerekot sebab kadang dia lupa nak pakai selimut dalam kesejukan. Lalu pakaikan dia selimut.Kadang tidur lampu tak tutup,saya tutupkan.
Dan bila dia tidur wajahnya ada seribu cerita yang terpendam dan sesekali seperti ada sesalan di wajah kadang-kadang.
Bila balik dari jalan-jalan,tengok ayah hanya terlantar di rumah. Tapi dia usaha juga naik kereta sorong pergi ke ruang tamu. Kadang mengusik cucu. Menegur orang.
Dia hanya merentas dari biliknya,akan melalui dapur dan ke ruang tamu sahaja. Ruang beranda pun dia tak suka pergi.
Kadang nak bawa dia jalan tapi boleh kira dengan jari berapa kali je dia nak.
Tapi alhamdulillah dapat juga bawa dia. Tunjukkan bandar yang dah berubah,bawa dia ke tempat yang dia suka pergi.
Saya tak pandai nak tunjukkan sangat kasih sayang sangat pada ayah macam orang selalu cakap suruh peluk,urut dan sebagainya sebab saya dibesarkan dalam keadaan biasa-biasa dan tak begitu mesra dengan orang tua.
Tapi saya mungkin lebih rapat dengan ayah,tapi taklah renggang sangat dengan mak.Cuma kami kurang berborak.
Susah nak gambarkan.
Cuma apa yang rasa terkilan ialah ayah sakit di saat saya sedang membina bisnes.
Di saat saya sudah berjaya tapi saya tak mampu nak kongsikannya dengan ayah sebab ayah dah tak ada keinginan apa-apa.
Kadang rasa bersalah tapi kita juga ada suami dan anak-anak,hidup mesti diteruskan demi mereka.
Mujur ada adik untuk menjaga ayah. Saya beri adik kerja dan uruskan hal kewangan,jadi biar dia fokus jaga ayah.
Semua ini kos,dan jika saya tak mampu sudah tentu saya hanya mampu melihat sahaja. Nak mampu kena berusaha,wang tak datang bergolek.
Jadi apa yang saya boleh buat pada masa itu saya akan pantau keadaan ayah jika ada yang terkurang.
Saya minta anak-anak lelaki saya tidur sebelah ayah.Beri mereka katil bersebelahan. Pasangkan aircond,pastikan kipas pun ada dan letak tv juga satu lagi supaya dia tak perlu ke ruang tamu sangat.
Di sebelah katil ayah,adalah tingkap.Dia suka memandang ke luar sana. Pemandangan yang ada cumalah bukit dan pokok-pokok,tapi dia suka.Itulah dunia dia dan dia nampak selesa.
Ayah yang dulu bebas ke sana sini,terlantar sebegitu rupa.
Ayah ni disayangi anak-anak saudara sebelah dia. Kata mereka dia pakcik terbaik. Banyak yang mereka cerita. Dia tak seperti kita tapi dia ada secebis kasih sayang dengan caranya sendiri.
Ayah memang tak sempurna,tapi dia baik.
Setahun yang lepas,saya sedang bersiap untuk giliran saya menjaga ayah selepas malam sebelumnya saya pulang ke rumah. Dalam perjalanan dengan keadaan yang saya tak sangka,ayah telah pergi.
Ketika saya sampai,saya masih tak percaya sebab adik telefon semula kata sempat lagi kalau nak datang.
Dengan menaruh harapan saya pergi untuk melihatnya masih bernyawa hanya untuk beritahu “saya sayang abah”
Malam sebelumnya,saya menjaga dia sebaik balik dari Gombak selepas dapat tahu dia tiba-tiba sakit balik.Saya tunggu dari petang sampai ke malam. Saya balik sebab fikir nak bergilir dengan adik, tambahan tengah mengandung 6 bulan dan saya fikir esok pagi saya perlu datang pula kerana ingin menjaganya.
Ketika menjaga petang sampai malam tu,saya cuba berborak dan dia cuba melayani saya walaupun hanya mengangguk.
Sesekali minta air.
Sesekali sebut “datanglah “.. ” datanglah ”
“Siapa abah?”
Dia senyap.
Sesekali dia tanya adik. Selepas dia sakit dia memang lebih rapat dengan adik. Adik sayalah yang jaga dia,mandikan 2 kali sehari dan pakaikan pampers dan urusan lain. Lepas kahwin adik ipar pun bantu. Alhamdulillah dapat adik ipar yang baik.
Ayah saya dah sebulan lebih sakit tiba-tiba,dan seminggu lebih di Hospital Bentong, 2minggu lebih di Hospital Lipis. Dalam keadaan sakit dia tu ramai kawan-kawan nasihatkan jangan bawa ke hospital swasta.
Sepanjang tempoh ini anak-anak memang tak ke sekolah sebab saya bergilir jaga dengan adik.
Bagi saya anak tak sekolah dia sempat lagi kejar tajuk tertinggal,tapi orang tua kalau dah pergi tak ada apa lagi boleh dibuat.Hampir 2 minggu juga anak saya terpaksa ponteng sekolah. Tapi mujur saya bekerja sendiri. Di sinilah saya terasa untungnya bila kerja sendiri,boleh ejas masa sendiri.
Dan saya sendiri pantau abah di hospital dan saya nampak mereka dah cuba yang terbaik untuk masalah ususnya itu. Namun punca kematian ialah jangkitan kuman dari hospital sebab ususnya dah ok sebenarnya . Penyakit ini akan menyerang warga emas terutamanya dan sebab itu kanak-kanak tak dibenarkan ke hospital sebab berisiko menghadapi pelbagai jangkitan.
Ketika saya sampai di wad,tiada siapa ada,sebab suami cari parking,saya turun dulu dari kereta dan naik ke wad.
Sekujut tubuh tak bergerak..
Ada seorang misi sedang mengemas di situ.
“Misi,ayah saya ada lagi kan”
Misi geleng dan sebut ..”dah tak ada”
“Ya Allah abahhhhhhhhh…”
Terkejut saya dan hampir terjatuh saya dipapah misi untuk bertenang. Cepat-cepat saya tundukkan kepala dan duduk di kerusi sebelah katil abah. Terima kasih pada misi yang baik.
“Abah,kenapa tak tunggu orang datang”
“Allah”
Dalam hati,kalaulah saya tahu ayah saya sedang tenat,saya takkan tinggalkannya malam itu walau apa jua.
Patutlah masa jaga dia petang sampai malam tu rasa nak cakap “Saya sayang abah” tapi asyik tertangguh.Saya nekad pagi esok saya mesti kena bagitahu dia..
Tapi tak sempat..
Abah dah pergi dulu.
Suami uruskan semua,ayah pergi 8.00 lebih macam tu dan kebumi sebelum Zohor. Urusan semua berjalan lancar.
Dan ketika di rumah,sebelum mereka membawa abah pergi selama-lamanya,saya pengsan.
Dan selepas sedar saya gagahkan diri juga untuk ke tanah perkuburan melihat arwah buat kali terakhir.
Saya yakin saya boleh kawal diri,dan Alhamdulillah saya senyap sebab macam tak mampu nak kata apa-apa masa tu dan cuba hayati bacaan talkin sambil merawat hati dengan baca Yasin non stop.
Saya tak mampu nak melihat siapa datang dan berbual sangat dengan orang. Jiwa saya hancur.
Sedih sangat-sangat dan rasa sedih tu tak pernah dirasai seumur hidup.
Sedihnya tu sampai ke hati yang paling dalam,dan air mata tu kalau takung agaknya penuh baldi.
“Awak dah buat yang terbaik untuk ayah awak,jangan sedih ”
Saya pun tak ingat makcik mana ungkapkan ni.
Terima kasih ..
Inilah yang memberi semangat jua pada diri.
Tambahan sedang sarat mengandung,menambahkan lagi emosi.
Pernah satu hari saya nak pergi ke tanah suci tahun 2017 ,saya peluk dan cium abah dan katakan padanya
“Abah,saya sayang abah,tapi saya tak tahu nak cakap macam mana”
Abah bergenang air mata.
Saya cepat-cepat pergi.
Gaiss,kadang ada orang dia sayang,tapi tak pandai tunjuk. Itulah juga diri saya.
Tapi sekali dia pergi,barulah tahu,besar impaknya. Dan orang akan nampak,sebelum ni kita biasa sahaja,tapi bila kehilangan,kita akan jadi sangat sedih. Bukan sedih sebab menyesal tak dapat berjasa,tapi sedih sebab rasa kehilangan orang yang kita sayang dan rasa tak puas berjasa.
Pergi yang tak kembali ..
Rindu yang tak berpenghujung.
Saya cuma berharap saya akan jumpa abah di sana nanti..
Satu lagi..
Kenapa saya kata dia tak sempurna? Dia sakit.
Tapi dia tetap sempurna di mata saya dengan caranya sendiri.
Perjalanan ayah dari kecil memang tak senang. Dibesarkan di estet dan menjadi anak ke 5 dan lelaki pertama,sangat disayangi orang tua. Hanya sekolah sampai tingkatan 1.
Tak lama dia dapat adik lelaki,dan hubungan mereka tak rapat sangat.
Gaiss,janganlah hina pesakit mental.
Saya hidup dengan ayah saya yang merupakan pesakit mental dan saya tahu betapa susahnya mereka nak berhadapan dengan masyarakat.
Sokongan keluarga sangatlah penting dan rawatan yang betul.
Api jangan dibalas dengan api.
Emosi jangan dibalas dengan emosi.
Ayah saya selalunya ok,dan sesekali dia akan datang kemurungan dan tekanan. Jangan kita layan dia macam orang normal sebab cara berhadapan dengan pesakit begini lain.
Jangan malu sebab penyakit ini tak kenal siapa.
Kalau sakit zahir kita tak malu,sakit dalaman kenapa nak malu?
Biar saja apa kata orang,kadang mereka sendiri pun sakit tapi rasa diri mulia. Ramai je orang sakit macam ni yang hidup macam orang normal tapi sering menimbulkan masalah.
Sebagaimana iman tak dapat diwarisi,sakit mental pun tak semestinya diwarisi.
Ramai je yang lahir keluarga baik-baik dan normal tapi mendapat sakit mental. Sakit ni tak memilih bulu,sesiapa berisiko untuk kena.
Orang-orang yang pernah hina arwah pun dah beberapa kali jadi mental sampai kena makan ubat. Jangan dibuat main dengan orang yang tak ada dosa. Mereka dah tentu syurga,kita belum tentu.
Tenanglah di sana abah..
Abah tak perlu anak ramai,
Abah tak perlu kawan yang ramai datang bertandang,
Abah tak perlu saudara mara yang ramai datang berziarah
Tapi,abah dah cukup dengan ada dua orang anak,tapi dua-dua anak itu memainkan peranan.
Sebab abah orang yang baik.
Semoga abah dapat tarik kami ke syurga
Nasib kami tak tahu macam mana lagi. .
Al Fatihah buat ayah tercinta Abd Mohd bin Abd Kadir .
Hargailah orang tua kalian jika masih ada. Jika saya yang sempat berbakti pun rasa kehilangan,bagaimana jika tak sempat berjasa walaupun mampu ?
Berjasalah dengan cara kalian sendiri,setakat mana yang mampu..
Usah diabaikan mereka selagi hayat masih ada.
Sebab akan sampai masanya nanti,hanya tinggal batu nisan.
Nfam,
12hb June dalam kenangan,tarikh kehilangan yang besar dan menjadi anak yatim