Seronok tengok orang dah hantar anak ke sekolah masing-masing. Comel je semua.
Syaimah tengah tidur lagi mengerekot bawah selimut.
Sekolah dia suruh datang 5hb Mac. Maksudnya Jumaat baru dia bermula.
Bermulalah episod berulang alik dari Bentong – Gombak nampaknya.
Harap – harap rumah siap cepat boleh duduk sana. Mungkin awal April dah boleh duduk. Sedang elok geng anak sekolah menengah pulak sampai turn masuk sekolah.
Selamat bersekolah anak- anak.
Suka la tu mak-mak, dah tak perlu jadi singa. 😅
Biasalah anak sendiri ni, dengan cikgu elok je, dengan kita macam-macam. Eloklah hantar sekolah je. Kat rumah kita sambung ajar top up apa yang patut. Paling tidak jimat sikit energy untuk ajar benda lain pula.







