Semangat mereka luar biasa.
Di saat saya baru melepasi satu fasa yang memerlukan saya untuk ambil masa nak rancak, mereka jadi penguat saya.
Bayangkan, saya nak buat perjumpaan yang santai. Saya tak wajibkan pun.
Tapi dari Utara, Selatan, Timur, Barat, Sabah, Sarawak malah dari Singapura sanggup datang untuk jumpa seketul bernama NFAM ni.
Terharunya saya.
Siang malam duk fikir apa lagi nak tambah dan beri mereka supaya ada impak. Sebab tak nak kedatangan mereka sia-sia. Ikutkan banyak sangat nak ajar, tapi nanti tak cukup masa.
Jadi saya memilih sesuatu yang jauh lebih besar. Siapa yang datang tahulah.
Saya cuma mampu mendoakan kalian makin sukses dan terus berjaya.
Seronok tengok ukhwah semua walaupun ada yang baru mengenali.
Apa yang penting, semua stokis tak kedekut ilmu dan saling berkongsi di antara satu sama lain.
Mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Surirumah berijazah, engineer, guru, pensyarah,pakar pemakanan, ada yang ada Master, Phd dan macam-macam lagi. Tapi bila di Asmak, kami semua sama. Boleh duduk sekali berbincang dan bersembang.
Tq Allah atas circle yang indah ini.
Duduk dalam circle yang baik pun rezeki.
2020 sesuatu yang besar menanti. Hasil kerjasama semua stokis insyaallah. Semoga lepas ni lebih ramai stokis boleh hadir (140 stokis + superagen).
Nanti kita buat lagi besar ajak semua agen – agen pulak.
Rindu kalian semua.♥️