Siapa dah friend lama dengan saya tolong baca sampai habis.
Saya tak nak asbab saya anda terpengaruh dengan dakyah yang salah. Saya aktif di fb sekitar 2010 macam tu. Kemudian saya pernah terpengaruh dengan geng akti vaksin atau kata mereka pro choice.
Kemudian saya pun baca beberapa buku dan artikel yang memihak kepada pandangan mereka lalu terpengaruh. Saya ada menulis selalu juga post berkenaan antivaksin dan saya tahu kerana post berkenaan ada yang terpengaruh.
Namun sejak beberapa tahun lepas saya telah mengubah fikiran kerana saya suka baca perkongsian dari para doktor yang suka menulis di fb. Saya buka minda saya kembali. Dan semakin lama saya semakin yakin yang pandangan saya sebelum ini salah. Lalu saya betulkannya kembali.
Saya fikir selepas beberapa tahun tak pernah tulis dan terlibat dengan geng anti vaksin maka tiada siapa lagi ingat. Rupanya dari salah satu post saya berkenaan isu lain ada followers yang bertanya. Sejak itu saya rasa bersalah. Dan saya fikir saya harus menjelaskan pendirian saya tentang isu ini.
Damage has be done! Saya mengaku salah saya kerana pernah sebarkan dakyah yang tak betul walaupun hanya melalui beberapa post.
Nampak tak? Saya cuma manusia biasa yang pernah melakukan silap. Tapi Allah simpan aib saya sehingga kalian merasakan saya seorang yang hebat. Saya tak hebat tuan-tuan dan puan – puan.
Saya juga pernah melakukan kesilapan. Dan saya sedang menebus kesilapan itu. Anak saya yang terakhir sedang dalam proses menjalani imunisasi vaksin yang lengkap kembali. Dan saya berasa lega dapat lakukan ini semua. Cuma saya berharap dia sihat sahaja dan tidak terkena apa-apa kesan sampingan yang tak baik. Yang mana inilah sebenarnya ketakutan geng antivaksin. Saya tak nafikan ini. Saya harap kerajaan akan lebih bertanggungjawab terhadap AEFI.
Sekian pengakuan saya.
Mohon pada yang pernah terpengaruh dengan saya sila ubah pendirian anda.
Maafkan saya. 😔
Kalau ada yang nak hentam, saya tak kisah. Jika itu dapat memuaskan hati anda dipersilakan.
Nfam,
Sentiasa belajar dan mengaku kesilapan. Tiada apa yang perlu diegokan.