1. Zaman sekarang, manusia lebih takut gelaran daripada kebenaran.
Bila bercakap tentang vaksin, ramai yang mula dengan ayat,
“Saya bukan antivaksin, tapi…”
Kami panggil golongan ini (SBAT).
2. Ayat itu sendiri sudah menunjukkan ketakutan.
Terlalu takut dilabel “antivaksin”, seolah-olah itu satu dosa besar.
Namun bila anak sendiri jatuh sakit, tidak pula segan untuk menerima.
3. Mereka lebih risau dipandang pelik oleh masyarakat,
daripada risaukan kesihatan anak yang hari-hari menanggung kesan cucuk.
4. Sedangkan siapa pun tidak minta menjadi “antivaksin”.
Ramai yang menolak vaksin bukan kerana ikut trend,
tetapi kerana telah melihat dengan mata sendiri apa yang vaksin telah lakukan kepada anak mereka.
Mereka juga sudah mengetahui isi kandungan vaksin serta pelbagai fakta kebenaran tentang vaksin.
5. Bila manusia terlalu bergantung kepada pandangan orang,
akhirnya mereka hilang nilai diri.
Lebih rela anak sakit daripada dikatakan menentang sistem.
6. Padahal yang sepatutnya kita takut bukan gelaran manusia,
tetapi pertanggungjawaban di hadapan Allah bila kita tahu kebenaran namun terus diam.
7. Jangan sampai malu digelar antivaksin,
tetapi tidak malu apabila nyawa anak sendiri menjadi taruhan.
8. Kebenaran tidak perlukan gelaran.
Jika benar itu datang daripada Allah, biarlah manusia hendak memanggil apa pun.
Kerana di akhirat nanti, bukan manusia yang menilai kita – tetapi Allah.
Unlearn, Relearn & Rethink
Selamat mengkaji.
#sharingbynfam #awakening #tolakvaksindenganilmu





