Skip to main content
Tentang hijrah – hidup memang penuh misteri
Sambungan dari kisah semalam ye. Ini part ke 3 dah.
1. Alkisahnya pada malam raya ketika umur aku 16 tahun,aku sedang menyiapkan kuih tart nenas tengah malam tu. Orang lain semua dah tidur,tinggallah aku seorang di dapur. Tart nenas memang kegemaran aku,cuma sekarang je aku dah kurang makan.
2. Tengah aku sibuk kat dapur,tiba-tiba aku rasa lain macam. Rasa seperti diperhatikan,tapi aku buat tak peduli.
3. Tengah aku nak pergi sinki nak cuci peralatan dan barang2 yang aku dah guna,aku rasa badan aku seperti dimasuki sesuatu,susah nak cakap rasanya tu. Aku tetap buat macam biasa dan cuba tidur.
4. Pagi raya,selepas azan Subuh,aku dah mula meracau-racau dan bercakap bukan-bukan. Makcik2,pakcik2,sepupu semua masuk bilik tanya mak kenapa dengan aku.
5. Maka di situlah bermulanya zaman kegelapan hidup aku yang jadi caca marba. Puas mak bawa aku berubat sana sini. Aku sempat kira mak bawa aku berubat dengan hampir 17 orang.
6. Tradisional ke moden ke semua dia bawak. Jadi semasa berjumpa dengan doktor di klinik kampung,aku diminta untuk dirujuk dengan pakar psikiatri.
7. Pakar mengesahkan aku skizophrenia dan dia berikan aku ubat. Hmmmm. Tiba je pulak aku ni. Jadi aku pun makanlah ubat2 yang diberikan sebab mak pujuk makan. Serius rasa dia tak best,walaupun dia buat tenang kadang. Tapi ketenangan yang menyiksakan.
8. Bukan makin elok pun,sama je. Jadi mak terus ikhtiar dengan cara perubatan Islam. Yang aku ingat aku makin ok selepas berjumpa dengan 2 orang alim ni.
9. Dalam tempoh tu aku cakap dengan mak aku nak berhenti sekolah. Mak halang tapi aku nekad. Aku pergi sekolah dan minta surat berhenti sekolah.
10. Lepas berhenti aku bosan duduk rumah dan kebetulan kantin sekolah yang dekat dengan rumah nenek tu ada nak pakai pembantu. Maka aku pun kerjalah di situ dengan gaji RM8 sehari. Hari Jumaat tauke kantin akan beri aku RM40 untuk gaji 5 hari. Seronok sangat dah rasa. Maklumlah orang susah kan,biasa pegang paling banyak RM5 je. Dapat RM40 tu dah seronok sangat dah.
11. Macam2 berlaku waktu kerja situ,akhirnya bila dah cuti sekolah panjang aku pun tak kerja dahlah situ.
12. Ketika aku nak masuk umur 18 tahun,mak pujuk aku ambil SPM semula. Hmmm. Aku rasa aku dah tak ada mood nak belajar. Lagipun takkan nak masuk sekolah umur 18 tahun. Mak terus pujuk dan aku akur.
13. Cita-cita aku sebelum sakit, konon nak jadi doktor,dan memang aku duk kelas sains pun dan minat sangat dengan subjek Biologi. Tapi lepas aku jatuh sakit,keupayaan aku untuk belajar menurun teruk. Aku dah tak mampu nak belajar sangat dan otak pun jadi slow sikit.
14. Dalam kelas tersebut ada seorang lagi yang sama umur dengan aku,sebab dia return ambik SPM,aku pula baru nak ambil. Bersahabatlah kami berdua dan dia sangat memahami aku. Terubatlah juga rasanya. Dalam kelas tu semua panggil aku dan dia akak. Hehe. Pelajar paling tua di sekolah.
15. Oh ye,sebenarnya sepanjang aku sakit memang banyak benda misteri yang berlaku,kalau nak cerita memang akan jadi lebih panjang. Jadi apa aku nak kata ialah benda2 ni memang wujud,tapi janganlah jadi macam aku dulu,lemah semangat.
16. Aku syak gangguan tu mudah masuk sebab aku mengalami kemurungan yang agak lama selepas berpindah ke bandar,aku banyak memendam rasa dan macam2 lagi. Lepas tu aku mengisi masa baca buku termasuklah suka sangat dengan kisah2 seram. Masa duduk rumah mak long lagi aku pernah diganggu ketika tidur macam selimut kena tarik,telefon rumah kejap bunyi diangkat kejap diletak,lepas tu kalender bergerak2 sendiri. Tak tahu kenapa.
17. Jadi bila kita lemah,benda2 macam tu senang masuk. Satu lagi kena yakin dengan kuasa Allah,tiada yang akan berlaku melainkan dengan izin-Nya. Banyak yang aku belajar dari kejadian tu yang mana bila semakin dewasa baru aku makin sedar. Iyelah,waktu kena aku masih 16 tahun,mentah lagi.
18. Ditakdirkan aku makan ubat setahun je,lepas tu aku tak sambung dan tak nak jumpa dah pakar. Biarlah apa nak jadi.
19. Walaupun aku dah tak mampu nak jadi pelajar top dah macam dulu2,aku tetap cuba.
Dan untuk SPM aku hanya mampu dapat 3A sahaja dan yang lain sederhana sahaja. Aku bagitahu mak,itu sahajalah yang aku mampu. Otak aku rasa dah tak boleh pergi jauh.
20. Aku syak ianya kesan ubat,sebab bila dah makin dewasa aku makin sedar keburukan bergantung dengan ubat2 macam tu. Syukur aku hanya makan setahun sahaja. Kesian yang makan lama2,aku tengok makin sakit adalah.
21. Siapa kata pesakit mental tak boleh sembuh? Silap besar.
22. Apa amalan aku waktu sakit berat tu? Suka atau tak,memang kembali pada agama je jawapan dia ye. Jangan kata orang tak faham sedap cakap ke apa,ini aku sendiri bekas pesakit mental nak share ni ;
– aku paksa diri aku solat walaupun tak kusyuk dan asyik kena ganggu je
– aku baca al quran sekerapnya
– aku banyakkan dengar ceramah
– aku isi masa dengan hobi membaca
– aku cuba bergaul dengan orang
Memang kena usaha untuk kembali pada asas-iaitu agama. Kena usaha untuk rapat dengan Allah. Kalau masih tak ok,mungkin usaha kau untuk dekat dengan agama belum cukup.
Dan ok je kalau kau ada 1-2 orang yang kau percayai untuk luahkan perasaan. Ini penting juga. Cari orang yang boleh bagi semangat kat kau,bukan melemahkan.
22. Semoga apa yang aku share ini dapat beri sesuatu pada yang membaca.
23. Maka selepas SPM,aku bagitahu mak nak terus kerja tak nak sambung belajar dah. Habis paper akhir aku terus minta kerja di pasaraya di bandar Bentong,sebagai cashier.
24. Seterusnya bermulalah penghijrahan aku ke alam pekerjaan. Macam-macam kerja aku buat,sampailah satu masa aku dipujuk untuk isi borang kerja kerajaan untuk jaminan masa depan kata mereka.. aku tak nak ..tapi ..
Eh,ada ke yang baca sampai sini,komen sikit😁
Saya sambung esok pulak ye 😊
Nor Fazilah Abd Mohd@Nfam
12hb Mac 2024

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply