Skip to main content

Dapat jemputan untuk ke Ipoh,dalam mereka memikirkan tarikh,saya terus mencadangkan buat sahaja pada 24hb,hari Sabtu.

Siapa boleh datang ,datang sahaja. Akan datang kita rancang yang lebih baik.

Lagi pun target pengedar kawasan Ipoh dan berdekatan sahaja dulu. Alhamdulillah,dari hampir 10 yang ingin datang,6 orang dapat datang. Walaupun rancang saat akhir,satu pencapaian yang ok dah.

Adhoc saja kan. Hehe

Saya pun mulakan pencarian nak menginap ke mana. Terus terang bila sebut Ipoh saya rasa macam tak ada hotel yang best je berdasarkan pengalaman sebelum ni. Boleh jadi saya yang tersilap agaknya.

Bila cari penginapan,saya wajib baca review,kadang di FB tapi kebanyakan di Google la.

Tertarik dengan Casuariana Meru di Ipoh ini sebab review dia kelihatan sangat menarik.

Bila buat perjumpaan,saya mementingkan keselesaan,ruang yang luas dan tak ramai orang supaya SOP pun mudah terjaga.

Tak sangka memang best Casuarina Meru ni. Cantik,kemas,luas,tenang dan banyak port menarik. Eh,mesin ATM pun ada tau. Dan pertama kali saya tengok ada perpustakaan mini tak jauh dari lobi hotel.

Sambil tunggu pasangan berjumpa dengan orang,ada ruang yang luas untuk lepak dengan anak-anak. Kalau nak tunggu di perpustakaan mini sambil baca buku pun boleh.

Kami ambil Suite yang ada 2 bilik dengan katil queen dan 2 katil single. Bilik air pun luas. Setiap bilik ada tv termasuk ruang tamu. Pemandangan,MasyaAllah,cantik sangat dari tingkat 11 yang paling atas tu.

Itu dalam hotel.

Apa yang best,hotel ni betul-betul mengadap taman rekreasi yang sangatlah besar dan luas.

Encik suami sampai geram sanggup beli pakaian untuk joging.Haha.

Nak bersenam pun ada banyak alatan senam kat taman tu. Taman untuk anak-anak main pun ada.

Lepas tu ada basikal,permainan kereta, keretapi dan kereta ala-ala kat safari yang anda boleh sewa. Ada dua owner,satu harga mahal sikit satu murah. Pandai-pandailah cuba nanti. Hehe

Bila malam cantik je lampu-lampu di taman tu dan kilauan lampu dari kenderaan yang disewa.

Tempat nak duduk pun banyak tau,sambil tengok anak main bolehlah duduk santai-santai.

Ada padang yang luas dengan rumput yang cantik.

Ada yang bawa badminton dan main kat sini.
Ada yang bawa tikar berkelah kat sini.
Ada yang bawa mainan dari rumah dan main dekat sini.

Best sangat.

Seronok tengok ada bapa yang sedang mengajar anaknya berjalan. Memang sesuai sebab tempatnya luas dan selamat.

Walaupun ramai tapi boleh jaga jarak sebab tempat rekreasinya tersangatlah luas.

Kat sini juga ada dijual bubble yang besar tu,lama juga anak-anak boleh main.

Dah penat kat sini?

Bolehlah makan dekat Maps Republic. Ada banyak pilihan di satu tempat sahaja.

Ok,sekian itu sahaja simple review dari saya tentang Casuarina dan taman di depannya. Sesuai sangat nak bonding dengan family kat sini.

Selalu kita cari hotel dekat pantai kan,apa kata sesekali cuba tempat macam ni pulak,ada kelainannya dan yang penting,best.

Selain dari itu,semasa kat sini saya sempatlah cuba Cendol Padang Ipoh yang femes tu. Simple je cendol dia tapi sedap.Hehe.

Kami juga ke Old Town White Coffee Grand,katanya satu-satunya di Malaysia di sini yang menawarkan menu yang tak ada dekat Old Town yang lain.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply