Apakah langkah awal untuk menjalankan bisnes yang selamat?
Mulakan secara kecil-kecilan sama ada anda mencuba untuk jual sesuatu produk, atau boleh guna konsep dropship, iaitu satu konsep di mana anda tak perlu keluarkan modal.
Konsep dropship ini adalah sistem yang mana agen dropship hanya perlu mempromosi barang dan mendapatkan pelanggan, kemudian membuat pembayaran kepada syarikat/pembekal/penjual. Pihak ini yang akan menguruskan penghantaran. Agen Dropship tidak perlu menyimpan barang, hanya perlu mencari pembeli dan membuat tempahan.
Sebagai contoh, harga jualan ialah RM100 dan harga dropship ialah RM80, jadi anda untung RM20.
Sekiranya anda hendak menjadi agen, pihak pembekal akan memberi harga yang lebih murah dari harga dropship dengan syarat membeli borong atau satu kuantiti yang ditetapkan. Contohnya, anda mungkin akan dapat harga RM70 jika ambil 10 unit dan RM60 jika ambil 30 unit. Lebih banyak yang anda ambil,lebih banyak keuntungan per unit yang anda dapat.
- Test market – jika jualan bagus, maka produk tersebut terbukti ada pasaran, anda boleh upgrade jadi agen sebab dapat lebih untung
- Tiada masa untuk uruskan penghantaran barang
- Tidak suka menyimpan/menguruskan stok
- Ingin dapatkan pengalaman meniaga kecil-kecilan dan skill menjual
PRODUK YANG PERLU DIPILIH
- Produk yang membantu menyelesaikan masalah orang
- Produk yang anda memang guna dan tahu memang bagus
- Produk yang sedang dicari oleh ramai orang (trend)
- Jika ianya bukan produk, tetapi servis, pilihlah yang mempunyai permintaan atau yang jarang dibuat/sukar didapati
TEKNIK SANTAI UNTUK DAPATKAN PENGALAMAN
- Beli barang secara online, tunjuk pada kawan-kawan untuk lihat sekiranya ada yang berminat, kemudian buat tempahan
- Atau tunjukkan dulu gambar produk pada kawan-kawan dan perinciannya, kumpulkan tempahan
- Selepas mendapat tempahan tersebut, minta kurang dari penjual
- Jual harga runcit pada kawan-kawan
- Cuba tengok di timeline Facebook anda,iklan apa banyak masuk. Biasanya orang suka produk yang menyelesaikan masalah mereka. Mereka ingin kurus, cantik, nak memikat suami/isteri, nak anak cerdik, nak fesyen menarik dan banyak lagi
- Perhatikan iklan mana paling banyak dapat sambutan dan pilih satu (lebih kepada untuk menimba pengalaman dan percubaan)
- Biasanya produk begitu, banyak FB Page yang ada, pandai-pandailah cari dan dapatkan harga terbaik untuk dropship sambil survey berapa harga borong untuk agen (senang nak buat perancangan nanti)
- Tiru ayat-ayat marketing dari FB Page tersebut (biasanya mereka tidak kisah pun sebab kita memang jual produk dia)
- Copy gambar dari FB Page tersebut dan tukar bahagian nombor telefon kepada nombor telefon anda sendiri
- Mulakan promosi di timeline FB anda, waktu yang sesuai jika ada masa ialah setiap masa. Kalau nak pilih masa kemuncak, cuba masa 9 – 10 pagi, 1 – 2 tengahari, 5 – 6 petang dan 9 – 12 malam
- Buat secara berterusan, paling kurang 2 minggu
- Jika respon masih kurang, semak semula jumlah rakan di FB. Jika kurang dari 2 – 3k, respon biasanya rendah. Tapi teruskan sebab ada orang yang tak respon tapi dah mula tertarik
- Dengan cara post secara konsisten, anda membuatkan orang yang tertarik semakin berminat. Iklan anda mewujudkan ‘gangguan’ kepada mereka. Gangguan yang bakal membuatkan anda mendapat pelanggan dan mereka dapat produk yang diinginkan
- Jika anda memang ingin menjual produk tersebut dalam tempoh yang agak lama, elok wujudkan album di FB untuk produk tersebut dengan memasukkan gambar produk, info dan testimonial. Tuliskan sedikit keterangan
- Jika boleh, buatlah ayat copywriting anda sendiri terutamanya dalam bentuk softselling
- Akhir sekali, ini pilihan, tetapi digalakkan – buat page untuk menimba pengalaman menguruskan page 🙂