Jangan berpihak pada sesiapa atau apa pun, kecuali pada kebenaran.
Inilah prinsip yang harus ada dalam diri semua orang.
Satu lagi dalam ikhtiar, haruslah berusaha terlebih dahulu pelbagai cara dan menjauhi yang mudarat.
Boleh rosak akidah bila percaya hanya ada satu cara sahaja seolah tak percayakan Tuhan.
Negara luar suka mengkaji dan lantang bersuara. Negara kita ramai yang ikut buku teks, lepas tu lapisan bawah ikut yang ikut buku teks semata tu.
Jauhnya ketinggalan dari segi ilmu.
Semoga ada sinarnya.
Dari Abi Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda
“Islam itu pada awalnya dalam keadaan asing, dan akan kembali menjadi asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang asing”
Dalam riwayat Ahmad;
Iaitu orang-orang yang soleh berada di tengah banyaknya orang-orang yang jelek, orang yang menderhakai mereka lebih banyak daripada yang mentaati mereka.”
(HR. Muslim)
Nfam,
Ujian dunia akhir zaman semakin mencabar dan di luar kotak pemikiran. Siapa malas berfikir dan mengkaji pasti kecundang.