Kereta sulung kami yang dibeli pada tahun 2007 dulu. Sama umur dengan anak kedua dah 13 tahun.
Macam mana sayang kita pada anak sulung, begitulah rasa dia bila benda yang pertama ni.
Mula kahwin apa pun tak ada. Motor kapcai buruk arwah atuk, itu pun ihsan orang bagi. Ke sana sini dengan motor buruk tu. Bila duduk tenggelam sikit. Dahla kita pendek orang tu besar. 😂
Avanza ni besar jasa dia. Dengan dialah kami ke sana sini buat bisnes emas.
Dengan dia juga suami bawa kebun ambil buah nangka.
“Bila nak tukar pakai Hilux ni”
Tanya orang kebun.
Masa tu belum mampu lagi.
Kesian kat kereta ni kadang. MPV bawa masuk kebun yang jalan agak teruk.
Tapi tuan dia Mohd Selodi Md Ghazali jenis sayang barang. Selalu servis dan jaga kereta kesayangan dia ni.
Alhamdulillah sampai sekarang masih elok lagi dan tetap berjasa pada orang lain walaupun kami tak sempat guna sangat.
Ini pun baru lepas baiki apa yang patut.
Apa yang penting, kita tak pernah lupa di mana kita bermula.
Kereta ini menjadi saksi pelbagai episod suka, duka, pahit, manis dan sebagainya sepanjang berbisnes.
Lepas tu sempatlah beli lori second hand yang masih berjasa sampai sekarang.
Awal tahun 2015 barulah berjaya memiliki Hilux pulak. Semakin mudah urusan bisnes angkut stok sana sini. 2016 Hiace pula untuk urusan syarikat tapi kami yang selalu guna sebab anak selesa kat dalam. Staf pun boleh guna bila ada program ke sana sini.
Semoga terus berjasa dan berkhidmat selagi mampu. Insyaallah.
Suami kata kereta ni kalau jaga elok – elok dengan kasih sayang, insyaallah tahan lama.