7 Fakta Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Tamiflu & Vaksin Influenza

 

Kebelakangan ini, isu berkaitan influenza kembali menjadi kecoh, seakan-akan mengulangi episod “fear mongering” sama seperti zaman Covid-19 dahulu. Ada kes kematian kerana punca lain tetapi dilabel sebagai influenza, dan media pula membesar-besarkan keadaan sehingga mencetuskan panik.

Media sering menjadi punca utama kekeliruan ini, kerana tanpa pelaporan sensasi, masyarakat mungkin tidak serisau sekarang. Bagi yang telah lama “menghafal skrip drama” sebegini, mungkin hanya mampu melihat sambil makan pop chicken sahaja. Tahun 2025 pun masih ramai yang hanya mengikut tanpa berfikir.

Artikel ini menghimpunkan 7 fakta penting tentang Tamiflu dan vaksin influenza—informasi yang jarang didedahkan kepada umum.


Bila Ubat & Vaksin Jadi Racun: 7 Fakta Tentang Tamiflu & Influenza Yang Tidak Didedahkan

 

1. Tamiflu bukan “penyembuh influenza”.

 

Kajian besar oleh Cochrane Review (2014) mendapati ubat ini hanya mempercepatkan pemulihan sekitar 17 jam sahaja, dan tidak mengurangkan risiko komplikasi serius. Namun, kesan sampingannya boleh menjadi berat seperti halusinasi, sawan, kemurungan, malah kematian.

 

2. FDA mengeluarkan amaran hitam (Black Box Warning).

 

Ubat ini dikaitkan dengan gangguan saraf dan mental, terutamanya pada kanak-kanak dan remaja. Ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa amaran ini datang terus daripada risalah rasmi Tamiflu. Ini bukanlah dakwaan tidak berasas atau rekaan — semalam pun ramai sudah berkongsi maklumat tentang ini. Cuba semak hantaran-hantaran yang telah tular itu.

 

3. Jepun pernah menghentikan penggunaan Tamiflu untuk kanak-kanak muda.

 

Selepas ratusan kes terjun bangunan, halusinasi dan kematian misteri, pihak berkuasa Jepun menggantung penggunaan Tamiflu sementara bagi kanak-kanak berumur bawah 10 tahun (tahun 2007–2008).

 

4. Kajian post-marketing Tamiflu menunjukkan risiko pada jantung, hati dan otak.

 

Antara risiko yang pernah dilaporkan termasuk arrhythmia, hepatitis, pendarahan gastrointestinal, serta gangguan psikologi seperti delusi dan mimpi ngeri (nightmares).

 

5. Vaksin influenza tidak menjamin perlindungan.

 

CDC sendiri mengakui bahawa keberkesanan vaksin flu berubah-ubah antara 10–60% sahaja, bergantung pada tahun dan jenis virus yang beredar. Banyak kajian juga menunjukkan bahawa individu yang mengambil vaksin flu setiap tahun lebih mudah dijangkiti strain yang lain.

 

6. Tamiflu dan vaksin influenza tidak boleh diambil serentak.

 

Dalam risalah Tamiflu sendiri dinyatakan bahawa penggunaan serentak dengan vaksin influenza hidup (LAIV) boleh menjejaskan replikasi virus dan seterusnya menurunkan keberkesanan vaksin tersebut.

 

7. Tubuh manusia diciptakan Allah dengan sistem imun semula jadi.

 

Kebanyakan kes influenza biasa boleh sembuh tanpa ubat antiviral, dengan rehat, hidrasi dan pemakanan sebenar. Namun ubat moden seperti ini boleh mengganggu proses penyembuhan fitrah apabila disalahgunakan.

“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.”
— Surah Asy-Syu‘ara, ayat 80


Penutup

 

Mengapa perlu mempersulitkan keadaan? Islam sendiri mengajar bahawa apabila wujud keraguan, tinggalkanlah. Tidak perlu pening memikirkan untuk berdebat. Jangan jadi seperti golongan yang mempromosikan sesuatu tanpa rasa bersalah. Jika berlaku apa-apa, yang menanggung kesannya adalah orang ramai, bukan mereka.

Sebarkan maklumat ini agar lebih ramai sedar. Tip mencegah dan merawat influenza secara semula jadi juga telah dikongsikan di Reels Facebook beberapa hari lalu — boleh rujuk di sana.


Sumber Artikel

 

  • Cochrane Review (2014) – Oseltamivir & influenza

  • FDA Drug Safety Communication – Oseltamivir Black Box Warning

  • Kementerian Kesihatan Jepun (2007–2008) – Larangan sementara Tamiflu pada kanak-kanak

  • CDC – Influenza Vaccine Effectiveness Data

  • Risalah rasmi Tamiflu (Roche)

Leave a Reply