Bila Jari Lagi Laju Dari Otak
1. Zaman sekarang ramai yang cepat menaip tetapi lambat berfikir.
Baru dengar orang sebut tentang vaksin, terus meroyan.
Padahal yang dikongsi cuma fakta asas, bukan teori konspirasi.
2. Budak-budak tahun 90-an ke atas ini kononnya hidup di zaman moden,
tetapi cara berfikir masih terperangkap dalam kotak sistem yang disuap sejak kecil.
Jenis otak tidak sempat memproses, tetapi jari sudah menekan “komen”.
3. Kalau bab mengecam, mereka nombor satu.
Tetapi bila diajak berfikir, terus sunyi sepi.
Sains di mulut, tetapi akal tertinggal di belakang.
4. Mereka lupa; menjadi moden bukan kerana ikut arus,
tetapi kerana tahu menilai mana yang benar dan mana yang palsu.
Jika masih mengikut secara buta-buta, itu bukan moden — itu tunduk kepada sistem.
5. Sedangkan orang yang benar-benar faham sains tahu,
ilmu mesti ditimbang dengan logik dan fakta, bukan emosi dan mentaliti berkumpulan.
Tetapi golongan ini pula jenis “terpaling sains” hanya kerana menghafal slogan; bukan faham pun isinya.
6. Mereka ketawa apabila mendengar orang mempersoalkan vaksin,
tetapi menangis apabila anak sendiri jatuh sakit selepas dicucuk.
Masa itu barulah faham; rupanya yang dituduh antivaksin itu bukan jahil,
cuma sudah belajar daripada pengalaman yang mereka belum lalui.
7. Jangan cepat melabel jika belum mengkaji.
Kadang-kadang yang nampak bodoh itu sebenarnya jauh lebih faham daripada yang konon bijak.
Kepada generasi yang lebih atas; pantaulah generasi di bawah anda.
#sharingbynfam #awakening #tolakvaksindenganilmudaniman


