Bila Perbezaan Pandangan Dijadikan Senjata: Isu Hasutan, Fitnah Bisnes & Kematangan Berbeza Pendapat
Sepanjang saya berkongsi isu-isu berkaitan vaksin dan perkara yang berkaitan dengannya, pernahkah saya meminta sesiapa untuk menyokong perniagaan saya? Ramai pun tidak tahu saya menjalankan bisnes apa. Namun mengapa ada individu yang cuba menghasut orang ramai dengan mengaitkan pendirian peribadi saya dengan perniagaan saya, dengan niat yang tidak baik?
Bila Perbezaan Pandangan Diserang Dengan Hasutan
Lucunya dunia hari ini.
Berbeza pandangan tentang vaksin, terus dicop seolah-olah tidak layak berniaga, tidak layak membantu orang, dan tidak layak hidup.
Saya menerima satu paparan skrin mengenai seorang individu yang menulis:
“Maleh nak promote minyak Asmak tu dah. Owner antivaksin rupanya.”
Ayatnya kelihatan ringan, tetapi niat di sebalik ayat itulah yang berat — ia menghasut orang ramai supaya menjauh, memboikot, dan menjatuhkan rezeki seseorang atas dasar perbezaan pendapat.
Kalau berbeza pandangan, silakan.
Tetapi apabila sampai ke tahap mengajak orang lain meminggirkan perniagaan seseorang, itu sudah masuk kategori fitnah dengan niat jahat (malicious intent).
Dalam undang-undang Malaysia, ia termasuk dalam fitnah perniagaan (business defamation) yang boleh disiasat bawah:
-
Akta Fitnah 1957, dan
-
Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998,
kerana ia melibatkan tindakan komunikasi awam dengan tujuan menjatuhkan reputasi dan sumber rezeki seseorang.
Saya bukan mahu menyerang semula individu berkenaan.
Namun tindakannya jelas menunjukkan ketidakmatangan.
Saya kesal melihat bagaimana masyarakat kini mudah dihasut untuk menilai seseorang bukan berdasarkan kebenaran, tetapi berdasarkan label yang disebarkan tanpa akal dan adab. Walaupun begitu, ramai juga yang memberi maklum balas positif.
Saya pernah menegaskan sebelum ini:
Jangan sesekali mengaitkan aktiviti peribadi saya dengan syarikat. Dua entiti berbeza.
Pendirian dan pendapat peribadi saya tidak ada kaitan dengan syarikat yang mempunyai pasukan tersendiri yang menguruskan operasi.
Asmak hanyalah salah satu perniagaan saya yang saya pantau dari belakang tabir sejak sekian lama.
Jadi, mengapa perlu dipetik perniagaan Asmak?
Adakah kerana mahu beribu-ribu orang yang mencari rezeki melalui Asmak itu terkesan?
Kalau saya sekali pun jatuh, saya masih ada sumber rezeki yang lain.
Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang bergantung rezeki pada Asmak sebagai salah satu sebabnya?
Saya bukan syarikat Zionis untuk dihasut orang ramai membencinya.
Atau adakah individu itu yang sudah menjadi penyokong Zion sehingga mengajak orang memboikot perniagaan Muslim?
Saya mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai cadangan tindakan lanjut ke atas individu tersebut.
Jika ada maklumat berkaitan, boleh dimaklumkan bagi memudahkan tindakan diambil jika perlu.
Saya akan terus berkongsi ilmu,
terus membantu masyarakat dengan cara saya,
walaupun pandangan saya tidak selari dengan arus.
Kerana perjuangan ini bukan untuk menang berhujah,
tetapi untuk membuka mata manusia agar mereka berfikir sendiri.
Kepada mereka yang suka menulis dengan niat menghasut,
ingatlah — Allah Maha Melihat niat di hati.
Dan undang-undang juga tidak buta dalam menilai kesan kata-kata anda.


