Skip to main content
Aku pun macam korang juga,ada anak, ada family semua.
Aku pun struggle dengan suami nak membesarkan anak2 jadi manusia berguna.
Bukan senang hidup melawan arus ni.
Bukan kita mampu keluar dari sistem 100% pun.
Elak ke kiri yang kanan kena,elak ke belakang kena juga dari depan. Belum lagi atas bawah,senang cerita pelbagai penjuru.
Maka hiduplah tenang2,mengelak ikut kemampuan,bersedia menerima risiko dan berdamai dengan takdir.
Apa yang penting,usaha kita.
Dan apa yang lagi penting,kita bahagia dengan cara hidup kita walaupun dipandang pelik oleh orang lain.
Tapi aku takkan rasa malu.
Yes tiada seorang pun anak aku pernah ambil mana2 exam termasuklah SPM.
Bukan kata exam tak bagus,tapi untuk kes anak aku ianya tak perlu.
Kalau anak korang perlu,silakan tak ada masalah pun. Mungkin korang ada plan untuk mereka masuk U kan?
Kalau rasa itu yang terbaik teruskan sahaja.
Macam anak2 kami;
Mereka belajar dengan aku,ayah mereka,masuk kelas tertentu,belajar dengan guru ikut ilmu yang kita nak mereka pandai,belajar dengan staf buat kerja2 mudah di ofis dan kadang ambil kursus pendek ikut plan yang aku dah bincang dengan mereka,berdasarkan minat mereka.
Ketahui objektif anda,barulah mudah nak menyusun.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply