Genap 2 bulan pemergian arwah abah saya, Abd Mohd bin Abd Kadir, pada 12hb June 2019.
Syukur segala urusan sebelum, semasa dan selepas arwah pergi dipermudahkan.
Waktu baru – baru pemergian abah saya sering rasa macam belum puas berbakti dan buat yang terbaik.
Tapi selepas beberapa waktu, saya bersyukur kerana sebenarnya saya sudah buat yang terbaik yang saya mampu. Jadi kini, fokus sahaja amalan yang kita boleh lakukan selepas arwah tiada.
Duit yang disedekahkan digunakan untuk beli al Quran dan wakaf. Duit Socso pula digunakan untuk upah haji sekali dengan pakej tahlil, khatam al Quran di tanah suci. Malah kita sendiri boleh khatam al Quran dan niatkan sekali untuk mereka.
Banyakkan sedekah dan wakaf atas nama mereka.
Berbaik dengan orang yang mereka pernah rapat ketika hidup.
Sentiasa melawat kubur supaya timbul keinsafan dalam diri di samping sedekahkan bacaan doa dan ayat suci seperti Yasin atau Al Mulk.
Cuba uruskan hal-hal lain juga dengan baik.
Ini perkongsian yang sekadar untuk memberi panduan, saya pun bukan orang alim. Cuma berkongsi sedikit pengalaman.
Kepada anda yang masih ada orang tua, hargailah dan jagalah mereka sebaik mungkin supaya tiada penyesalan.
Saya bersyukur diberi ruang oleh Allah dapat menjaga arwah dari 40 hari terakhir yang arwah sakit sehinggalah ke hari pengakhirannya (walaupun saat menghembuskan nafas terakhir saya ditakdirkan tiada – lambat 5 minit sahaja untuk rutin bergilir menjaga dengan adik)
Memang akan terasa kehilangan satu keramat hidup yang besar bila salah seorang tiada, apatah lagi keduanya.
Kepada yang senasib, saya doakan kita semua mampu terus berjasa kepada mereka walaupun mereka sudah tiada. Aamiin