2021 mencatatkan kenangan tersendiri.
Dari segi peribadi,secara rasminya menjadi warga Gombak selepas berpindah rumah selepas 3 tahun berhijrah.
Tapi masih berulang alik ke Bentong hampir setiap minggu sebab anak-anak memang tak nak duduk lama di Gombak. Orang dah biasa duduk kampung dari kecil kan,mana nak duduk lama kat bandar.
Selain itu ofis dan urusan bisnes masih ada di Bentong yang perlu dijenguk juga sekali sekala.
Selepas berhenti pada 2016,boleh dikatakan lebih kurang setahun setengah je saya penat gila nak naikkan bisnes. Lepas tu saya dah sampai fasa hanya monitor sahaja sebab saya bina team untuk buat semua tu.
Selebihnya saya dapat kebebasan masa dan kewangan tapi lebih selesa kekalkan cara hidup biasa dan sama. Sesekali je reward diri. Apa guna kerja penat kalau kedekut dengan diri sendiri kan.
2021 juga menjadi saksi terlibat dengan kerja NGO secara tak sengaja. Tapi saya seronok terlibat dengannya. Saya seronok dapat membantu lebih ramai orang.
Dalam masa yang sama sedih juga melihat satu demi satu kenalan yang tumbang dek pandemik dan bermula dari zero. Tak pelik ramai owner bisnes memilih untuk menjual produk orang lain,sebab memang ianya bisnes trading yang sangat menguntungkan dan tak penat otak nak memikir. Saya sendiri masih tebal jiwa trading sehingga ke hari ini. Sebab itu saya boleh berkongsi ilmu dengan team bisnes bab ni.
Alhamdulillah Asmak terus bertahan nak masuk tahun ke 8 sudah. 7 tahun di pasaran,macam-macam sudah dilalui dan ianya menjadikan kami lebih matang dan bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran.
Syukur 2021 dan penghujungnya mencatatkan sejarah pencapaian terbaik untuk tahun-tahun terakhir ini. Target dan KPI dah mencapai lebih dari yang ditetapkan.
Apa saya buat?
Main fb je kerja kutuk Kajal dan Digimon serta penyokongnya. Ehh..
Ada yang nak berguru atau nak menyertai keluarga Asmak ke? Jangan malu jangan segan. Kami tak sama dengan mana-mana model bisnes di pasaran. Kami lain dan insyaAllah anda akan suka.
Apa jua yang anda lakukan saya doakan kejayaan. Amin
TQ semua. TQVM.
Nfam,
Letakkan akhirat di hati,dunia datang tanpa di sangka. Syaratnya perlu ikhlas dari dalam hati lagi.