Skip to main content
Bismillahirrohmanirrohim
Alhamdulillah,baru selesai buat laporan polis tengahari tadi.
Rasanya agak melampau apabila emosi saya dicalar begitu teruk. Saya selalu bersangka baik dengan orang dan fikir nak buat baik sahaja. Tapi ada pihak yang sebaliknya terhadap saya. Tak pernah terfikir nak mengatasi sesiapa atau nak mengejar populariti. Siapa kenal saya dari zaman banteras scam emas dan program scam sekitar tahun 2010-2013 tahu macam mana prinsip hidup saya.
Saya bila buat sesuatu buat bersungguh-sungguh. Tapi jika inilah balasan yang saya dapat rasanya lebih baik saya undur diri. Memang saya telah disingkirkan pun tanpa sebab. Bila saya bertanya secara personal,jawapannya macam biasa dengar sebelah pihak dari orang yang talam dua muka dan batu api. Tapi boleh saja hubungi saya sendiri untuk mengesahkan bukan percaya sebelah pihak.
Lagi pun saya tak nak dianggap sebagai pengganggu gugat sesiapa. Cacian dan makian terhadap saya juga tidak dipadam dan ada juga followers yang mempercayainya dan menyokong perbuatan tersebut dengan beberapa admin yang lain. Saya perlu bersihkan nama saya dan fitnah terhadap saya. Bila saya komen di situ untuk bersihkan nama saya,terus saya di ban dan tak dapat akses lagi ke situ.
Cukuplah dengan hinaan dan caci maki yang saya terima dari group dan channel tersebut.
Saya tidak mahu terlibat apa-apa lagi. Jangan kaitkan saya sama sekali selepas ini.
Saya jenis profesional,orang yang buat fitnah terhadap saya ada je di group yang saya buat tapi saya tak remove pun dia. Saya bukan jenis macam tu,tambahan nanti lebih teruk saya difitnah.
Saya perlukan masa untuk aktif semula. Semoga nanti saya tidak lagi memikirkan isu terbabit dan move on sebagai aktivis bebas yang sokong sesiapa sahaja selagi berada di pihak yang benar nanti apabila semuanya dah ok.
Dan saya mahu fokus pada aktiviti kebajikan sebagaimana sekarang secara belakang tabir,Insyaallah. Doakan saya kuat dan boleh kembali macam dulu.
Edited : Ramai yang PM dan tertanya-tanya,saya ada jelaskan di group ini. Boleh baca di pin post terkini di group tersebut. Tq semua. Maaf atas kesilapan.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply