30 Ciri-Ciri Pembuli Narsistik: Pola Tingkah Laku & Bahaya Cyberbullying
Pembuli narsistik bukan sekadar individu yang kasar atau suka mengkritik. Mereka mempunyai pola psikologi tertentu yang berulang, konsisten, dan berbahaya — terutamanya dalam dunia digital. Artikel ini bertujuan memberi kesedaran, bukan untuk melabel, tetapi untuk membantu orang ramai mengenali taktik, corak, dan dinamika sebenar pembuli narsistik, khususnya dalam konteks cyberbullying.
30 Ciri-Ciri Pembuli Narsistik
1. Mereka sentiasa perlukan “musuh” untuk rasa diri hebat.
Jika tiada drama, mereka akan menciptanya. Hidup mereka hanya terasa bermakna apabila ada individu yang boleh dihina, direndahkan atau dipijak.
2. Mereka menghina orang lain untuk menutup kekurangan diri sendiri.
Kelemahan diri disorok, tetapi aib orang lain dicungkil hingga ke akar. Ini ialah mekanisme pertahanan narsistik. Mereka sanggup menyebarkan aib yang direka dan menabur fitnah.
3. Terobses untuk menghancurkan imej seseorang.
Tujuan mereka bukan untuk menegur, tetapi untuk memusnahkan reputasi mangsa — daripada peribadi sehingga ke bisnes.
4. Suka menjadi hero atau heroin di mata orang lain.
Di media sosial, cerita akan diputar belit supaya mereka kelihatan “betul”, “bijak” dan “mangsa”, walaupun merekalah pembuli sebenar.
5. Menggunakan penghinaan sebagai senjata.
Body shaming, merendahkan rupa, umur, status dan pekerjaan — apa sahaja yang boleh membuat orang lain rasa kecil, walaupun hakikatnya mereka sendiri tidak seberapa.
6. Tidak boleh menerima orang yang tidak tunduk atau tidak takut.
Setiap kali dicabar atau dilawan, mereka akan naik angin. Ego mereka sangat rapuh.
7. Suka mengumpulkan geng untuk menyerang mangsa.
Pembuli narsistik jarang berani bertindak sendirian. Mereka memerlukan akaun palsu dan penyokong untuk merasa “kuat”.
8. Terlibat dalam stalking digital secara ekstrem.
Mereka sanggup menyelongkar Facebook, Google nama, mencari nombor kad pengenalan, membeli data, membuka rekod SSM dan menyebarkannya tanpa izin. Ini bukan sifat ingin tahu, tetapi obsesif dan berbahaya.
9. Sentiasa memutar cerita supaya mangsa kelihatan jahat.
Ayat dipotong, fakta dimanipulasi dan naratif direka untuk menjadikan mangsa sebagai “penjahat”.
10. Projeksi: Menuduh orang lain melakukan apa yang sebenarnya mereka lakukan.
Mereka menabur fitnah, menghasut dan memboikot, tetapi menuduh mangsa sebagai pembuli. Ini antara simptom narsistik paling jelas.
11. Tidak mempunyai empati.
Trauma, reputasi dan keluarga mangsa tidak dipedulikan. Yang penting, ego mereka terus diberi makan.
12. Apabila dibalas, mereka akan berlagak sebagai mangsa.
Mereka yang memulakan serangan, tetapi apabila mangsa mempertahankan diri, mereka terus berlakon seolah-olah dizalimi.
13. Obses untuk membuktikan diri sentiasa betul walaupun jelas salah.
Narsistik tidak boleh kalah. Mereka tidak akan mengaku kesalahan walaupun bukti lengkap di depan mata.
14. Menunggang isu tertentu untuk menghalalkan pembulian.
Contohnya menggunakan label seperti “anti vaksin”, “pendusta” atau “penjual ubat” untuk menutup motif sebenar yang bersifat peribadi.
15. Berani hanya di sebalik skrin.
Dalam dunia sebenar, mereka tidak berani berhadapan tanpa sokongan keyboard warrior. Sangat pengecut.
Awareness: Sambungan Ciri & Pola Pembuli Narsistik (Cyberbullying Edition)
16. Membina imej baik di depan orang, tetapi ganas di belakang skrin.
Di luar kelihatan sopan dan profesional, tetapi di media sosial berubah menjadi pemangsa. Dua wajah ini ialah ciri utama dinamik narsistik.
17. Memilih mangsa yang berpengaruh supaya kejatuhan nampak besar.
Mangsa bukan dipilih kerana lemah, tetapi kerana bernilai dan mempunyai suara.
18. Menggunakan platform awam untuk memalukan mangsa.
Tujuannya ialah mengawal naratif dan mencipta ilusi bahawa orang ramai menyebelahi mereka.
19. Menggunakan bahasa kononnya “bijak” dan “fakta”, tetapi sarat emosi gelap.
Mereka berselindung di sebalik frasa seperti “sekadar bergurau”, “cuma bertanya” atau “berdasarkan fakta”, sedangkan niat sebenar ialah menjatuhkan.
20. Apa sahaja reaksi mangsa akan tetap diserang.
Mangsa diam diserang, melawan pun diserang. Tiada posisi yang betul untuk mangsa.
21. Obses mengawal persepsi orang lain terhadap mangsa.
Mantra mereka: “Aku mahu orang benci dia.” Bukan kerana mangsa salah, tetapi kerana takut reputasi mangsa lebih baik.
22. Menyerang aspek paling peribadi dalam hidup mangsa.
Rupa, tubuh, keluarga, kerjaya dan bisnes dijadikan sasaran. Ini bukan kritikan, tetapi pemusnahan karakter.
23. Menggunakan taktik gaslighting.
Contoh ayat:
– “Kau terlalu berfikir.”
– “Kau sahaja rasa macam itu.”
– “Aku tidak maksudkan begitu.”
Tujuannya untuk membuat mangsa ragu terhadap realiti sendiri.
24. Menyerang secara berkumpulan kerana takut bersendirian.
Mereka memerlukan sokongan, tepukan dan pengesahan berterusan. Tanpa itu, mereka tidak berani.
25. Mengintip kehidupan mangsa secara obsesif.
Mencari kad pengenalan, status imigresen, rekod syarikat, menyimpan gambar dan nombor telefon. Ini bukan tingkah laku normal.
26. Mencipta naratif palsu untuk menghalalkan pembulian.
Label seperti “scammer”, “penunggang agama” dan “orang jahat” hanyalah alasan untuk menutup ego dan iri hati.
27. Tidak boleh menerima kejayaan orang lain.
Apabila mangsa mempunyai bisnes, pengikut, pendirian dan keberanian, pembuli narsistik akan cuba meruntuhkan keyakinan tersebut.
28. Mensabotaj bisnes mangsa.
Ini bukan lagi perangai tidak matang, tetapi bentuk gangguan siber dan penderaan ekonomi.
29. Berdalih kononnya hanya menyampaikan fakta.
Hakikatnya, mereka menggunakan separuh kebenaran, potongan ayat dan framing palsu untuk memenangkan naratif.
30. Mereka sedar mereka salah, tetapi ego mengatasi kebenaran.
Pembuli narsistik jarang berhenti dengan sendiri. Mereka hanya berhenti apabila dikenakan tindakan, kehilangan sokongan atau identiti sebenar terbongkar.
Kesimpulan
Pembuli narsistik bukan sekadar individu bermasalah sikap, tetapi individu yang tidak stabil secara emosi, dipenuhi rasa tidak cukup diri dan memerlukan kawalan serta penghinaan untuk merasa berkuasa. Apabila mereka mempunyai “geng”, mereka menjadi jauh lebih berbahaya.
Jika ada yang terasa panas, itu bukan kebetulan.
Orang yang tidak melakukannya biasanya akan tenang sahaja.





