Bila En. Zoll mendakwa ada HIV dalam sesuatu yang tertentu, ramai melompat berbanding mencari maklumat. Sebab itu dikatakan: tubuhkan sahaja suruhanjaya bebas yang telus dan amanah untuk siasat segala yang berkaitan dan pihak yang terlibat – kemudian dedahkan kepada masyarakat.
Setakat ini, maklumat yang ada makin lama makin jelas… Sesuatu yang kononnya untuk “melindungi umat manusia” — kini makin banyak cerita hitam terbongkar.
Terbaru?
Kaitannya dengan HIV. Ya, HIV.
Penyakit yang selama ini menjadi mimpi ngeri manusia… sekarang secara senyap, dikaitkan dengan vaksin yang selama ini dipromosi siang malam tanpa henti.
1. Bukan Fitnah – Ini Laporan Dari Universiti Queensland Sendiri
Pada tahun 2020, Universiti Queensland di Australia menghentikan pembangunan vaksin COVID-19 selepas berlaku sesuatu yang pelik:
Peserta kajian klinikal menunjukkan keputusan positif palsu HIV!
Rupa-rupanya vaksin tersebut menggunakan teknologi molecular clamp yang mengandungi fragmen protein HIV gp41.
Dikatakan tidak menyebabkan jangkitan…
Tetapi soalnya:
-
Mengapa guna komponen HIV dalam vaksin COVID?
-
Mengapa rakyat tidak tahu hal ini dari awal?
Sumber: Science.org
2. Kajian Weill Cornell: Vaksin mRNA Boleh Aktifkan HIV Yang ‘Tidur’ Dalam Badan
Kajian ini bukan daripada blog sembarangan.
Diterbitkan oleh institusi perubatan ternama — Weill Cornell Medicine.
Mereka mendapati, vaksin mRNA boleh “membangkitkan” virus HIV yang tersembunyi dalam badan penghidap.
Maksudnya?
Siapa yang sudah ada virus tetapi tidak aktif; berisiko virus tersebut menjadi aktif semula selepas menerima vaksin.
Sumber: Weill Cornell News
3. Vaksin Guna Vektor Adenovirus Pun Pernah Dikaitkan Dengan Risiko HIV
Satu lagi jenis vaksin menggunakan vektor Adenovirus-5 (Ad5).
Dalam kajian terdahulu, vektor ini pernah dikaitkan dengan peningkatan risiko HIV.
Ini bukan main-main — ini daripada jurnal saintifik yang sahih.
Dan ya, terdapat vaksin COVID-19 yang menggunakan vektor ini dalam fasa awal pembangunan.
Jadi apabila sekarang kes HIV tiba-tiba meningkat secara luar biasa, jangan hairan mengapa ramai mula mengaitkan semula dengan vaksin.
Sumber: NCBI – National Center for Biotechnology Information
4. Bila Kita Tanya, Kita Dicap Anti. Tapi Bila Fakta Muncul, Masing-Masing Diam.
Dulu apabila kami bertanya:
-
“Apakah kandungan sebenar vaksin ini?”
-
“Mengapa terlalu cepat diluluskan?”
-
“Adakah kesan jangka panjang?”
Kami terus diserang:
-
Anti-vaksin.
-
Penyebar berita palsu.
-
Konspirasi.
Tetapi hari ini apabila kes seperti ini terbongkar satu demi satu;
Yang dulunya lantang bersuara… terus diam seribu bahasa.
Di manakah suara kamu sekarang? Jika sekadar mahu memutar belit, lebih baik berhenti sahaja.
5. Jangan Tunggu Jadi Mangsa Baru Nak Percaya
Ini baru permulaan.
Masih banyak perkara yang belum terdedah.
Tetapi satu perkara yang ingin dipesan:
Jangan biarkan diri dan anak-anak anda menjadi eksperimen seterusnya.
Apabila anda sudah tahu ada kaitan dengan HIV;
Masihkah anda reda untuk suntik sesuatu ke dalam tubuh yang Allah ciptakan sempurna?
Tidak mengapa jika dahulu anda tidak tahu.
Tetapi jika sekarang masih mahu mempertahankan — itu namanya zalim.
6. Yang Kita Minta Bukan Sensasi. Yang Kita Tuntut Cuma Satu – KEBENARAN.
Dan apabila kebenaran itu muncul…
Jangan pura-pura tidak nampak.
DISCLAIMER:
Ini adalah maklumat yang dijumpai hasil daripada carian berkaitan isu ini. Kajian dan siasatan yang lebih mendalam amat diperlukan. Pencerahan daripada pihak berautoriti amat dialu-alukan. Rakyat hanya mahukan maklumat yang benar kerana terlalu banyak persoalan yang masih belum terjawab.
#VaksinDanHIV
#AnakBukanEksperimen
#CelikSebelumTerlambat
#SharingByNfam
#Awaken







