Nampaknya Ramadan sudah sampai ke penghujung. Kita kena terima kenyataan bahawa bulan penuh rahmat sudah pun habis. Semoga ada rezeki kita bertemu lagi pada tahun hadapan.
Allah hadiahkan kita dengan 1 Syawal. Jom ambil tahu apakah amalan yang boleh kita lakukan sempena Aidilfitri ini.
1. Menghidupkan malam raya
Lakukan solat sunat, berzikir, membaca al-Quran dan amalan-amalan lain.
2. Takbir raya
Digalakkan untuk bertakbir raya pada malam hari raya.
3. Jangan lupa bangun mandi sunat Aidilfitri
Boleh ajar anak-anak sekali dan jadikan rutin pada hari raya. Alang-alang mandi, kalau diniatkan mandi sunat Aidilfitri akan dapat pahala. Jadi, lebih baik kita buat. Jangan lupa potong kuku dan merapikan janggut.
4. Pakai pakaian terbaik yang kita ada, tidak semestinya baru
Bonus jika mampu beli baju baru. Ada juga orang yang tidak beli walaupun mampu. Terpulang bagaimana kita mahu, yang penting kita pakai pakaian terbaik yang kita miliki untuk hari raya.
5. Pakai haruman atau wangian
Namun, janganlah gunakan terlalu banyak sehingga orang lain pun boleh terhidu dengan kuat. Cukup sekadar kita sendiri yang bau – pakailah sedikit atau secara sederhana sahaja.
6. Makan sedikit sebelum ke masjid
Makanlah dulu sedikit makanan sebagai alas perut sebelum ke masjid. Jika mengikut sunnah Nabi SAW, Baginda hanya makan beberapa biji kurma.
7. Solat sunat Aidilfitri di masjid
Jika solat tarawih untuk kaum wanita lebih digalakkan dilakukan di rumah, namun untuk solat sunat Aidilfitri, kaum wanita dan anak-anak juga digalakkan ke masjid. Jadi ambillah peluang untuk hadir ke masjid.
8. Mengeratkan silaturahim
Boleh ziarah sanak saudara untuk mengeratkan lagi silaturahim. Sekiranya ada peluang dan masa yang lebih, boleh juga eratkan ukhuwah dengan kenalan dan jiran tetangga.
9. Puasa enam
Puasa enam ini seperti berpuasa sepanjang tahun jika mengikut hadis Rasulullah SAW. Jadi, sangat rugi kalau tidak melakukannya. Boleh mula dari raya kedua sehingga akhir bulan Syawal. Boleh mula bila-bila masa asalkan masih dalam bulan Syawal, sama ada dilakukan berterusan atau mengikut kemampuan. Selagi masih dalam Syawal, tiada masalah.
Semoga bermanfaat 😊
P/S: Recycle post tahun lepas untuk peringatan diri sendiri dan sesiapa yang ingin mengambilnya sebagai panduan.







