Skip to main content

Hari raya kembali kepada fitrah. Harap bab kesihatan pun boleh lah usaha kembali kepada fitrah ye. Jaga perut insyaallah banyak isu boleh settle. Maksudnya jaga pemakanan dan amal gaya hidup sihat. Jangan duk makan ubat sebarangan dan suntik;

 

  1. Hari tu kita dah sambut Hari Raya.

Hari kemenangan setelah sebulan berjuang melawan nafsu.
Hari yang penuh makna sebab kita kembali kepada fitrah.
Bersih. Suci. Jiwa tenang, hati lapang.

Tapi… fitrah ni bukan hanya pada jiwa.
Bukan hanya pada hubungan kita dengan Allah dan manusia.
Bab kesihatan pun, kita kena kembali kepada fitrah juga.

 

  1. Fitrah Tubuh Pun Perlu Dijaga – Jangan Sampai Badan Merana

Tubuh yang Allah cipta ni, sempurna.
Ada sistem imun.
Ada keupayaan untuk sembuh.
Ada keajaiban yang tak terhitung kalau kita jaga betul-betul.

Tapi sayangnya, ramai jaga baju raya, jaga kuih raya, jaga langsir raya…
Tapi tak jaga langsung apa yang masuk dalam tubuh sendiri.

Raya je terus balun segala jenis makanan.
Gula tak ingat dunia.
Makanan proses, pewarna, perisa, pengawet semua campur dalam satu pinggan.

Lepas tu bila badan bagi isyarat – pening, letih, naik angin, sendawa berbau, usus bermasalah, kolesterol naik.
Terus panik, terus cari ubat farmasi, pil tahan sakit, dan suntikan macam-macam.

Kenapa tak jaga dari awal? Kenapa tak usaha kembali pada fitrah?

 

  1. Kesihatan Bermula Dari Perut – Tapi Perut Tu Kena Jaga Dulu

Nabi SAW dah lama pesan:

“Perut itu tempat bermulanya segala penyakit, dan diet itu adalah ubat segala penyakit.”

Maknanya, apa yang kita makan – itulah yang tentukan kesihatan kita.
Tapi berapa ramai yang sedar hakikat ni?
Berapa ramai yang hidup untuk makan, bukan makan untuk hidup?
Berapa ramai yang isi perut dengan makanan yang sedap di lidah tapi racun kepada tubuh?

  • Sedap tak semestinya sihat.
  • Murah tak semestinya berkat.
  • Popular tak semestinya selamat.

Kalau kita sendiri tak kisah apa yang masuk ke dalam perut, jangan pelik kalau satu badan mula rosak dari dalam.

 

  1. Jangan Asyik Bergantung Pada Ubat & Suntikan – Cuba Dulu Gaya Hidup Sihat

Ini pun satu lagi masalah besar.
Bila sakit sikit – terus makan ubat.
Bila tak larat – terus cari jarum.
Bila badan lemah – terus cari benda luar untuk ‘top up’.

Padahal, tubuh tu boleh sembuh sendiri kalau kita bantu dia.

Apa kita boleh buat:

  • Jaga pemakanan
  • Detoks
  • Cukup rehat
  • Banyakkan air kosong
  • Berpeluh
  • Jaga emosi
  • Kurangkan stres

Tapi semua tu kita malas nak buat.
Kita nak solusi cepat, tanpa usaha.
Nak ubat yang bagi kesan segera, walaupun ada risiko jangka panjang.

Dan bila ada orang ajak kembali kepada rawatan alternatif, perubatan sunnah, makanan semula jadi…
Terus dituduh ‘tak ikut sains’, ‘tak ada kajian’, ‘percaya benda karut’.

Sedangkan, rawatan moden tu sendiri lahir dari kajian bahan semula jadi.
Cuma bila dah dikomersialkan, ditambah bahan kimia, dijadikan produk pasaran…
baru dianggap ‘berkesan’.

 

  1. Nak Raya Dengan Sihat? Kena Kembali Pada Gaya Hidup Fitrah

Kalau betul kita nak hidup sihat dan tenang.
Kalau betul kita nak sambut raya bukan sekadar zahir tapi juga batin;

Tolonglah mula jaga kesihatan dengan cara yang lebih semula jadi.

 

Amalkan ini:

  • Makan real food
  • Masak di rumah
  • Kurangkan makanan proses
  • Kurangkan gula
  • Banyakkan sayur, buah, air suam
  • Tidur cukup
  • Bergerak
  • Kawal emosi
  • Banyakkan zikir
  • Amalkan sunnah Rasulullah SAW – madu, habbatus sauda’, cuka, minyak zaitun, bekam

 

  1. Ramadan Dah Bentuk Kita – Jangan Hancurkan Balik Di Bulan Syawal

Ramadan dah latih kita jaga makan.
Dah ajar kita tahan lapar, kawal nafsu.

Jadi bila masuk Syawal, teruskanlah gaya hidup sihat tu.
Bukan terus patah balik ke tabiat lama.
Bukan balik kepada gula berlebihan.
Bukan balik kepada ubat tanpa sebab.
Bukan balik kepada cucuk sana sini tanpa soal selidik.

 

  1. Raya tu tanda kembali kepada fitrah.

Jadi jom kita kembalikan fitrah tubuh sekali.
Biar tubuh kita ni bersih dari racun, kuat dari dalam, tenang dari luar.

  • Jangan tunggu sakit baru nak ubah.
  • Jangan tunggu kena serang baru nak cari penawar.
  • Jangan tunggu terlambat baru nak sedar.

 

Semoga kita bukan sekadar kembali kepada fitrah jiwa, tapi juga kembali kepada fitrah tubuh yang sihat dan bersih.

 

#CatatanSyawalYangLalu
#FitrahTubuh
#KesihatanAdalahAmanah
#sharingbynfam

 

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply