KRONOLOGI “INFLUENZAH” ATTENTION SEEKER
1. Kejadian bermula dengan kematian seorang antivaksin pada bulan puasa baru ini. Arwah ada membuat akaun dengan nama samaran. Sudah bertahun lamanya dia menggunakan akaun itu.
2. Selepas arwah meninggal dunia – tiba-tiba influenzah ini membuat hantaran kononnya orang yang pernah mengedit gambar dan memaki dia telah meninggal dunia. Naratif yang dia cuba wujudkan seolah-olah – ‘inilah balasan menjadi antivaksin; sesiapa yang mengutuk aku akan menerima balasannya’.
3. Maka beramai-ramailah pengikut dia yang majoritinya Muslim mengutuk arwah tanpa mengetahui kisah sebenar dan tanpa arwah boleh membela diri kerana sudah meninggal dunia.
4. Jika benar mahu mengambil tindakan, kenapa bukan semasa arwah masih hidup? Sedangkan dia tahu perkara ini sejak lama. Dia juga mengeluarkan kenyataan seolah-olah mahu menyaman tetapi sekarang arwah sudah meninggal. Logikkah?
5. Maka ramai pengikut dia yang mengutuk kononnya semasa hidup arwah melakukan perkara tidak baik, dan sekarang menerima balasannya. Habis mengutuk orang yang sudah meninggal, itu elok sangatkah? Saya terfikir sebenarnya, adakah mereka ini benar-benar Muslim atau hanya atas nama sahaja?
6. Saya menjadi saksi kematian arwah husnul khotimah kerana saya berjumpa sendiri dengan keluarga arwah. Pengakhiran arwah sangat cantik. Siapa orang lain untuk menentukan seseorang itu ke syurga atau neraka sedangkan arwah semasa hidup berjuang menjaga amanah tubuh yang Allah beri daripada dimasuki benda durjana?
7. Saya membela nasib arwah. Jadi saya komen di hantaran influenzah tersebut tetapi dia tidak membalas. Kerana tidak puas hati, dia membuat hantaran lain pula. Saya juga komen di sana. Pengikutnya mula mendesak untuk dia membalas. Dia pun membalas dengan emosi. Ada yang menghentam dia kembali. Maka dia terus menyekat saya. Nampak tidak permainan dia?
8. Tidak berhenti di situ, dia mula mencari apa lagi yang boleh dia lakukan terhadap saya. Kebetulan ada cybertrooper akaun palsu dan yang kononnya menggunakan akaun sebenar – atas nama Cik Puan Atiqah dan Mirul Syed Iskandar (orang dan geng yang sama) yang sentiasa menjadi batu api kepada dia. Mereka inilah memainkan peranan untuk memanaskan lagi keadaan. Ada lagi geng mereka yang lain kerana mereka sanggup mencipta beratus akaun untuk mengganggu saya sebelum ini. Tidak percaya? Cuba lihat pada hantaran influenzah tersebut dan juga hantaran orang lain yang sama-sama mempromosi, pasti akan jumpa puak tersebut.
9. Dalam masa yang sama geng itu kaki stalk segala benda yang saya hantarkan dan komen di Facebook saya serta di channel Telegram saya. Mereka juga mengutuk saya merata-rata hampir setiap hari. Tidak percaya? Siasat sendiri. Untuk makluman, saya sudah membuat laporan polis terhadap mereka ini dan ramai lagi yang turut membuat laporan. Mereka sanggup memfitnah, menipu dan mereka cerita. Mereka ini yang mahu dipercayai?
10. Sambung cerita influenzah. Selepas cerita pasal arwah dipatahkan beramai-ramai oleh geng antivaksin, maka dia pun membuat satu lagi hantaran kononnya saya membuli dia, menghina, memaki dan sebagainya. Sedangkan tidak ada langsung ayat saya yang menghina atau memaki dia. Bila saya tanya bahagian mana, dia pun tidak dapat jawab.
11. Sedangkan hantaran itu dikongsikan oleh seorang lelaki di Facebook. Saya berkongsi daripada lelaki itu dengan kapsyen biasa sahaja; tiada yang luar biasa. Lelaki itu pula mengambil video itu dari TikTok oleh seorang perempuan. Siapa yang jumpa video asal itu, tahulah nama perempuan tersebut di TikTok. Malas saya kongsi di sini. Bukti asal masih ada.
12. Maksudnya; video asal oleh seorang perempuan dikongsikan oleh seorang lelaki dan saya pula berkongsi daripada lelaki itu dengan kapsyen biasa. Apa influenzah buat? Dia tangkap layar untuk menunjukkan nama saya berkongsi kapsyen itu tetapi hanya sekerat sahaja video itu dan tidak nampak semua kapsyen pemilik asal. Apa niat dia?
Satu lagi – kenapa dia tidak berkongsi video itu juga? Sebab dalam video itu ada bukti dia mendiskriminasi dan mengutuk antivaksin? Takut orang tahu perangai mulut dia bagaimana?
Oh ya – kenapa dia menyerang saya sedangkan saya hanya berkongsi dari orang lain? Kenapa orang lain itu tidak kena? Nampak tidak di sini, dia memang cuba hendak kenakan saya walaupun tiada asas kukuh. Dan perkara ini berlaku minggu Dr Roland menang kes lawan KKM di mahkamah. Minggu itu memang ramai promoter tantrum berjemaah. Mereka cuba tarik perhatian dari kes penting kepada kes remeh-temeh kerana mahu tutup malu.
13. Supaya dia nampak suci, dia terus memainkan watak mangsa dengan membuat hantaran dan komen kononnya dia tertekan dan sampai rasa mahu membunuh diri. Ramailah yang menjadi batu api menyuruh dia membuat laporan. Dia kata dia tidak kuat dan terus menagih simpati pengikut. Maka makin ramai yang mengutuk saya di sini. Dia sudah sekat saya awal-awal supaya saya tidak boleh komen.
14. Sambung cerita dia kemaskini mahu ke MCMC dan minta orang doakan dia. Ada juga hantaran dia yang dibuat dengan menunggang habis ayat agama sebab dia tahu pengikut dia ramai Muslim. Maka ramailah yang memberi kata-kata sokongan kepada “mangsa buli” yang sebenarnya cyberbully itu.
15. Selepas itu, kemaskini pula apabila sudah sampai ke MCMC.
Pendek kata – sentiasa buat kemaskini supaya pengikut dia terus bersimpati dengan dia.
16. Balik dari MCMC, dia buat hantaran konon belum tentu kes dia disiasat dan dia rasa sedih. Dia siap komen rasa mahu membunuh diri. Sampai macam itu sekali ya. Memang nak menagih simpati orang. Orang nak membunuh diri kononnya sebab “kena buli” (mangsa buli).
17. Waktu dia sedang menagih simpati pengikut, saya dedahkan hantaran dan komen dia yang menggelar ‘syaitan’ kepada saudara seagama kita iaitu Pn Masyitah. Saya sudah repost semalam. Boleh baca komen-komen juga sebab korang juga akan jumpa dia juga pernah cyberbully peguam Pn Asiah – bukan satu hantaran ya tetapi lebih dari itu. Eh – mangsa buli pandai buli orang ke? Ya. Dia juga pandai berlakon pelbagai watak juga. Waktu itu ramai pengikut dia datang menyerang saya. Tapi ada yang sudah mula sedar kesilapan influenzah ini.
18. Masa berjalan, tup-tup semalam dia buat hantaran mula-mula kena panggil MCMC – “saya akur”.
Pergh. Apa motif? Ramailah pengikut komen konon kasihan dekat dia. Sebab bunyinya berat sangat.
19. Beberapa jam lepas itu dia kemaskini pula hantaran panjang-panjang, naikkan nama saya dengan berkongsi kembali tangkap layar sekerat dari video orang lain itu. Yang penting ada kapsyen saya dengan nama terpampang supaya mudah pengikut dia cari dan serang saya. Seperti biasa ayat berjela-jela menagih simpati. Ramailah yang kesian.
Dia fikir dia sudah sekat saya maka dia selamatlah. Tapi tangkap layar hantaran itu sampai kepada saya. Maka saya pun buat hantaran ringkas dan repost balik hantaran-hantaran tentang dia yang pernah membuli siber orang lain.
Jadi syukurlah kali ini pengikut dia sebelum nak menyerang mereka baca dulu hantaran-hantaran itu. Maka serangan kali ini boleh kira dengan jari. Yang mana datang pun tidak berani hendak menyokong “mangsa buli” tersebut. Sebaliknya makin ramai pula pengikut saya. Adeh. Kenapalah pergi naikkan pasal saya. Nanti lagi ramai jadi antivaksin, lagi tantrum mereka nanti.
20. Kali ini “mangsa buli” kantoi apabila membalas komen pengikut dia dekat hantaran itu. Saya terus menerima banyak bukti kukuh yang kuat untuk saya buat laporan ke atas dia.
21. Dia komen apa biarlah saya tidak kongsi di sini sebab lebih baik dia tidak tahu. Dan saya mahu dia terus melayan komen pengikut dia supaya lebih banyak bukti lain pula saya boleh dapat. Biarlah dia tengah syok kononnya niat mahu kenakan saya tapi dia tidak sedar dia sedang perangkap diri sendiri.
Penutup:
Kesimpulannya, di sebalik setiap kisah, pasti ada kisah dari sebelah pihak yang lain. Orang yang cerdik dan Muslim sejati akan menyiasat kedua-dua belah pihak dengan hati terbuka – bukan bias menyokong sebelah pihak sahaja.
Islam atas nama akan terus menyerang masuk campur walaupun tidak tahu hujung pangkal. Hanya orang yang bijak mampu menilai sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah. Saya sedia dipanggil MCMC kerana saya akan bercakap benda yang benar (itu pun jika mereka mahu panggil).
Sebab banyak lagi kes lain yang lebih penting sekarang.
Berani kerana benar, takut kerana salah.
Sambil itu saya boleh susul semula kes-kes saya yang lain. Eh, takkanlah nak simpan bawah karpet, kan? Kena lah siasat semua. Barulah adil.
Sekian catatan kronologi. Nanti kalau saya teringat poin tertentu, saya akan kemas kini lagi. Ini tulisan spontan dahulu. Dah lah guna telefon sahaja sebab saya sedang travel sampai esok naik motor, bukan boleh bawa barang banyak pun.
Jom layan drama. Kita tunggu episod seterusnya. Saya akan terus berkongsi info kebenaran seperti biasa selagi boleh.
📌 Sumber asal:
Link Facebook asal kronologi







