Ramai tidak sedar mereka dipengaruhi oleh satu golongan ini kerana mereka itu adalah narsistik.
Ciri-ciri ini memang ada pada semua promoter tegar di media sosial.
Mereka sendiri menonjolkan melalui cerpentot (cerita pendek + konten) mereka.
Baca lebih lanjut.
Promoter Ini Kalau Anda Perhati Betul-Betul, Mereka Bukan Sekadar Fanatik… Tapi Narsistik.
Jenis manusia yang rasa dia sahaja yang betul.
Orang lain semua salah.
Dan lebih parah, bila orang tidak ikut cakap dia –
terus disindir, dihina dan dicop macam-macam.
Dia promote vaksin kononnya sebab ‘sayang masyarakat’;
tapi cara dia layan orang yang tidak sependapat, langsung tidak ada kasih sayang.
1. Bila Orang Tanya Elok-Elok, Dia Sindir Macam Dia Tuhan Kecil
Tanya: “Apa kandungan dalam vaksin?”
Jawab: “Pergi belajar dulu lah.”
Tanya: “Kenapa ramai kes AEFI tidak dilaporkan?”
Jawab: “Itu kebetulan sahaja. Jangan sebarkan fitnah.”
Narsistik ini memang macam itu.
Dia tidak mampu hadap orang cabar ‘kebenaran versi dia’.
Jadi dia akan gaslight, ejek, sindir, dan buat macam-macam untuk orang rasa bodoh dan nampak bodoh.
Tidak semua boleh sedar benda ini.
Sebaliknya akan ada yang percaya mereka.
Padahal yang tanya itu – cuma mahu tahu.
Tapi promoter ini anggap orang lain semua ancaman kepada ego dia.
Sebab itu ada yang kaki block sebelum orang sempat komen pun!
Mereka sanggup luangkan masa mencari siapa yang tidak sefahaman dengan mereka.
Sampai begitu sekali, ya.
2. Bila Orang Sakit Lepas Suntik, Dia Kata “Itu Dah Ajal”
Ada yang strok, lumpuh, meninggal lepas cucuk –
Tahu dia jawab apa?
“Itu bukan sebab vaksin. Itu kebetulan.”
Kalau orang cerita pengalaman buruk, dia gelak.
“Cakap sahaja lah nak jual suplemen!”
Orang narsistik ini tidak akan pernah salah.
Dia tidak pernah muhasabah.
Dia tidak akan minta maaf walau bukti sudah di depan mata.
Sebab dia rasa dia lebih tahu daripada semua manusia atas muka bumi.
3. Bila Dia Bersuara, Semua Kena Dengar. Tapi Bila Kita Bersuara, Dia Melenting
Kita bersuara sikit tentang risiko, tentang hak tubuh, tentang sunnah –
Terus kena report, kena block, kena sindir dalam status.
Tapi dia boleh buat post panjang-panjang promote seolah-olah itu wahyu.
Narsistik ini dia hidup dalam dunia dia sahaja.
Dia sahaja betul.
Dia sahaja ilmiah.
Orang lain semua kolot.
4. Realitinya, Dia Takut Kebenaran Runtuhkan Ego Yang Dia Bina Bertahun-Tahun
Sebab itu bila kita buka kisah Big Pharma,
sejarah Rockefeller,
data kesan sampingan,
mereka diam, pura-pura tidak nampak.
Paling-paling mereka akan spin fakta pusing sana sini.
Hakikatnya itu satu penafian yang jelas.
Kalau dia terima kebenaran,
dia kena akui – selama ini dia sudah ‘jual’ benda yang salah.
Dan benda itu, narsistik tidak akan sanggup hadap.
Lebih rela jadi sombong sampai akhir hayat,
daripada tunduk dan mengaku silap.
5. Kami Bukan Musuh ; Tapi Cermin Yang Tunjukkan Siapa Kau Sebenarnya
Kami bukan mahu bergaduh.
Kami bukan anti segala.
Kami cuma ajak orang kembali kepada ilmu, kepada kajian, kepada fitrah.
Tapi narsistik tidak akan boleh terima bila cermin ditunjukkan depan muka dia.
Dia akan pecahkan cermin ; sebab dia benci nampak siapa dia sebenarnya.
Kalau anda promoter dan anda terasa –
itu tandanya masih ada hati mahu sedar.
Sebab yang betul-betul keras hati,
dengar pun dia sudah block dulu.
#NarsistikBersijil
#PromoterYangTakBolehDitegur
#FitrahBukanIkutSistem
#sharingbynfam #awaken







