1. Kita sedang hidup dalam dunia yang penuh huru-hara.
Segala yang kita nampak di depan mata hari ini; dari makanan, kesihatan, pendidikan, ekonomi, sampai ke hiburan — semuanya telah diprogram untuk menjadikan manusia pengikut.
2. Kalau silap percaturan… kita pun akan hanyut jadi sebahagian dari “massa”.
Hidup ikut trend.
Fikir ikut arus.
Buat keputusan ikut arahan.
Dan akhirnya bergantung 100% pada sistem yang langsung tidak kenal siapa kita dan apa keperluan sebenar jiwa kita.
3. Tapi akan sentiasa ada segelintir yang mula sedar…
“Eh, kenapa semua orang ikut benda ini tapi makin lama makin rosak?”
Lalu mereka mula jalan berbeza.
Mereka tahu tidak boleh lari dari sistem sepenuhnya,
tetapi mereka kurangkan kebergantungan.
Mereka mula pilih sendiri makanan, mula ubah cara hidup, mula soal semula apa yang dulu dianggap betul.
4. Itulah tanda orang yang celik.
Bukan sekadar memberontak secara membuta tuli, tetapi memberontak dengan ilmu.
Tidak menyerang orang, tidak menuduh sebarangan.
Tetapi dia tahu mengapa dia buat pilihan itu.
5. Sebab itu kami ulang banyak kali:
Jangan ikut orang. Jangan buat kerana orang ajak.
Buat kerana kita tahu apa yang kita buat.
Ilmu itu senjata.
Tanpa ilmu, kita mudah jadi alat. Jadi mangsa. Jadi boneka.
6. Kita tidak mahu lahir-lahir ke dunia, hidup ikut sistem, mati ikut perintah;
Tanpa pernah persoal:
“Apa yang aku ikut ini… benar ke? Atau aku cuma satu lagi nombor dalam pelan orang lain?”
7. Satu lagi tanya diri kita;
Mahukah kita utamakan perintah Allah atau perintah pemerintah yang tidak mengikut Islam?
Paling menyedihkan, cara hidup kita pun banyak sudah mengikuti Yahudi sedikit demi sedikit.
Tidak perlu pergi jauh; lihatlah apabila sakit, kita cari siapa?
Dan berapa ramai hari ini yang mengecam cara Nabi kita sendiri?
Mungkin Islam hanya tinggal pada nama, bukan lagi pada hakikatnya.
Wallahu’alam.





