Jangan tengok lama-lama,ini suami orang ye.
Saya cuma nak tunjuk siapa lagi orang belakang tabir syarikat saya.
Inilah dia tuan penasihat @ advisor Asmak dari 2018 sehingga sekarang. Kami setia pada yang satu. Dah 5 tahun dah rupanya sedar tak sedar. Beliau menjadi saksi banyak perkara.
Terima kasih banyak Tn Sahar Sahad di atas jasa dan segala tunjuk ajar selama ni. Banyak kami belajar dari tuan dan nasihat yang diberikan pun sangatlah ohsem.
Syukur saya dah berjaya lengkapkan hampir banyak task dah dan tinggal beberapa je lagi. Now giliran team pulak. Good luck gaiss. Saya akan terus support.
Saya ada impian yang saya pernah berangan nak tunaikan kalau dah sampai umur 40,tapi Allah dah bagi awal sikit iaitu – nak menyumbang pada masyarakat dan membuat kebajikan apa yang boleh.
Tapi insyaallah saya akan terus support dan memantau bisnes walaupun fokus dan sibuk dengan kerja-kerja sebagai seorang aktivis bebas.