Skip to main content

Idea untuk channel Sharing by Nfam di Telegram sebenarnya datang daripada suami saya sendiri.

Beliau tahu saya memang suka menulis dan dia pernah menyarankan saya untuk merekodkan segala yang berlaku sepanjang tempoh scamdemik, sebagai tatapan anak cucu satu hari nanti.

Tetapi saya tidak sempat untuk menulis panjang, jadi saya ambil inisiatif lain…

Jadi saya pun buatlah satu channel Telegram supaya lebih mudah untuk saya kongsikan pelbagai perkongsian-perkongsian bermakna berkenaan segala yang berkaitan dengan isu vaksin dan scamdemik, sama ada dari orang lain, kumpulan atau channel dari dalam dan luar negara.

Di dalam channel tersebut, saya kumpulkan segala perkara penting yang berlaku sejak tahun 2021. Segala info yang dikongsikan adalah yang terpilih sahaja — sebab kalau dimasukkan semuanya, boleh jadi terlalu serabut dan memeningkan.

Saya juga sudah wujudkan beberapa group dan channel lain yang tersusun secara spesifik mengikut topik, supaya lebih mudah untuk berdiskusi dan mencari maklumat yang diperlukan.

Tanpa sedar, sekarang ini sudah ada lebih 7,000 post di dalam channel itu.

Sudah menjadi kebiasaan dan satu kewajipan pula untuk saya mengemaskini channel tersebut dari semasa ke semasa.

Saya sendiri kadangkala menggunakan fungsi carian dalam channel tersebut untuk mencari balik info penting. Memang itulah tujuan asal channel ini dibuat — sebagai arkib dan rujukan.

Alhamdulillah, makin ramai yang mula sedar.

Dan semua ini secara tidak langsung juga menyebabkan pihak-pihak yang tak bersetuju dan tak selari dengan pandangan kami rasa tidak senang duduk.

Walhal, kami hanya berkongsi di ruang kami sendiri, bukan ganggu rumah sesiapa pun.

Ada yang cuba buat saya rasa putus asa dan suruh saya berhenti berkongsi.

Maaf, buat masa ini belum ada sebarang perancangan untuk berhenti. Selagi saya mampu, saya akan terus berkongsi. InsyaAllah.

Sampai suatu masa nanti, bila Allah gerakkan hati untuk berhenti, maka ketika itu saya akan berhenti.

Mungkin orang tidak tahu, tetapi saya sentiasa beristikharah dalam segala tindakan yang dilakukan. Hari-hari ada amalan khusus yang saya jaga supaya Allah terus memberikan ilham dan petunjuk.

Jadi, apa yang saya kongsikan kadang-kadang orang nampak macam “wow”…

Tetapi hakikatnya semua itu datang daripada Allah SWT.

Yang kurang atau silap itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

Saya ini pun ada masalah juga — nakal kadang-kadang, dan kadang-kadang masuk air juga 🤣

Ambil yang baik-baik sahaja ya…

Yang kurang baik, abaikan sahaja 👌

P/S: Selain perlu betulkan niat dalam melakukan sesuatu, pastikan juga mendapat restu dan redha suami. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang sangat memahami dan menyokong. Dia tahu segala yang berlaku kerana kami tiada rahsia. Selagi saya ikut syarat dan batas yang dia tetapkan, dia tiada masalah saya untuk terus aktif.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply