Skip to main content

Agak pelik apabila ada yang merasa kepanasan sedangkan saya hanya berkongsi fakta yang mereka sendiri tidak mahu ambil tahu. Hari ini, saya ingin berkongsi lagi tentang GPFK – satu garis panduan yang sepatutnya menjadi pelindung hak pesakit, namun sering kali hanya menjadi hiasan di dalam fail. Lebih menyedihkan, ramai petugas kesihatan sendiri tidak tahu menahu tentang kewujudannya.


1. Dalam GPFK Jelas Tertulis – Setiap Suntikan MESTI Diberi Penerangan Risiko & Hak Tolak

GPFK ini penting untuk dipatuhi.


Antara isi penting yang WAJIB dipatuhi:

  • Petugas kesihatan MESTI memberi maklumat lengkap berkenaan suntikan

  • Pesakit atau waris MESTI faham sebelum bersetuju

  • Hak untuk menolak suntikan MESTI dijamin dan dihormati

  • Kesan sampingan MESTI dimaklumkan dan dilaporkan

 

Tetapi realitinya?
Datang ke klinik, terus ambil nombor dan dicucuk.
Siapa yang pernah mendapat penerangan penuh?
Siapa yang pernah ditunjukkan insert vaksin?

Tidak ada.
Petugas kesihatan pun ramai yang tidak tahu apa itu GPFK.


2. Bila AEFI Berlaku, Petugas Wajib Laporkan – Tapi Ramai Pilih Diam

 

GPFK juga jelas menyatakan:
Sekiranya berlaku kesan sampingan selepas suntikan,
petugas wajib mengisi borang laporan AEFI (Adverse Event Following Immunization).

Tetapi cuba tanya ibu bapa yang anak mereka mengalami sawan, menjadi lembik, atau sakit selepas vaksin –
Ada atau tidak doktor atau jururawat mengisi laporan?
Tiada.

Kalau ada pun, dikategorikan sebagai “tidak berkait”.
Ini bukan sekadar cuai – ini mengkhianati amanah.
Apabila ibu bapa mengadu keadaan anak mereka selepas suntikan,
mereka tidak mahu terima.
Kejam, bukan?


3. Hak Pesakit Dicabul ; Tapi Sistem Suruh Kita Diam

 

GPFK sepatutnya menjadi pelindung hak pesakit.
Tetapi hari ini, hak tersebut lenyap dalam sistem yang hanya mengejar angka dan KPI.

  • Tidak pernah bertanya kepada waris jika mereka mahu meneliti dahulu maklumat vaksin

  • Tidak memberikan masa untuk berfikir

  • Siapa yang bertanya, dilabel susah, degil, antivaksin

 

Ini bukan lagi perkhidmatan kesihatan,
tetapi sistem paksaan halus.


4. Kalau GPFK Diamalkan Betul-Betul, Rakyat Tidak Akan Tolak Tanpa Ilmu

 

Saya yakin ;
Jika semua petugas mengikuti GPFK dengan sebaiknya:

  • Ibu bapa akan lebih sedar dan faham

  • Ramai akan membuat keputusan dengan ilmu

  • Kesan AEFI akan dipantau dengan betul

  • Tidak akan ada kes “mati mengejut”, “lumpuh”, “bengkak otak” yang disapu bawah karpet

 

Tetapi apabila GPFK dilanggar,
rakyat yang menanggung.
Anak-anak yang menjadi mangsa.


5. Bila Kami Bangkit, Kami Disindir ; Tapi Kami Bangkit Kerana GPFK dan Insert Vaksin Itu Sendiri

 

Kami bersuara bukan untuk suka-suka.
Kami tahu isi kandungan GPFK.
Kami tahu hak pesakit.
Kami tahu tanggungjawab petugas.

Kami bersuara kerana sistem sendiri tidak mengikut buku yang mereka cipta.
Tetapi bila kami tegur:

  • “Antivaksin!”

  • “Tidak percaya sains!”

  • “Menyusahkan kerja kami!”

 

Sedangkan hakikatnya – yang menyusahkan sistem ini adalah petugas yang melanggar amanah sendiri.


6. GPFK Bukan Untuk Dipamer ; Tapi Untuk Dipatuhi

 

Selagi petugas tidak mematuhi GPFK,
selagi itu sistem ini akan terus mencengkam rakyat dengan kezaliman yang tersusun.


7. Dan Selagi Suara Kami Hidup, Kami Akan Terus Tuntut: Patuhi Garis Panduan, Atau Bertanggungjawab Atas Setiap Nyawa Yang Terkorban

 

Kerana apabila sistem gagal,
yang bangkit adalah rakyat.
Dan rakyat hari ini bukan lagi bodoh dan patuh tanpa soal.

#GPFKItuAdaTapiTakDiikut
#HakPesakitPerluDihormati
#KamiTahuIsiBukuKau
#KebenaranBukanBergantungPadaSiapaCakap
#sharingbynfam #awaken

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply