Skip to main content
Assalamualaikum wbt
Salam Jumaat
Semakin ramai guru Kafa yang diberhentikan. Terbaru rupanya ada guru Kafa dari Sarawak yang tak mendapat elaun dari bulan 1 lagi tapi perlu bekerja seperti biasa.😭
Dan beberapa negeri lain juga guru Kafa mereka sudah digantung tugas dan dipaksa cucuk.
Boleh tengok video pendek ini
Terima kasih kepada semua yang membuat sumbangan.
Dalam masa kita memberi ikan,kita juga fikir jauh ke depan tentang bagaimana nak memberi pancing.
Jadi timbullah idea berkenaan dengan program Homeschooling Kafa.
Tapi nak laksanakan akan ambil masa sedangkan mereka sedang terjejas.
Maka selepas perbincangan dengan wakil admin Kafa beberapa buah negeri ,setuju untuk diadakan program secara online dulu sementara waktu kita nak atur plan b.
Anda boleh sahaja memilih untuk menyumbang sahaja, belajar sambil menyumbang atau menaja penyertaan program Smart Solat. Semua duit yang masuk akan diagihkan pada mereka yang terjejas.
Program homeschooling ini juga boleh menjadi perintis kepada program HS melibatkan guru KPM dan swasta yang berhenti atau mahu pencen awal. Ini bukan galakan untuk berhenti tapi alternatif untuk yang memang tak dapat nak teruskan kerjaya dalam bidang ini.
Sekali lagi terima kasih pada yang sudi share,yang menyertai dan semua yang terlibat.
Hari ini kita tolong orang lain kerana nasib mereka kurang baik,semoga mendapat keberkatan tambahan di bulan puasa.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply