Skip to main content
KeluargaMakananUmum

Isu anak di kedai makan

By March 3, 2023No Comments
Isu anak di kedai makan
Parent yang bawa anak makan ke kedai kena tengok juga anak tu jangan sampai mengganggu orang lain. Faham je budak memang kadang bising atau berlari-lari. Kalau biasa-biasa tu tak apa lagi tapi jangan sampai over.
Aku sendiri pun masa anak no 1-5 aku dan suami macam boleh kawal lagi. Diorang pun boleh dengar kata. Tapi anak ke 6 aku ni memang lain dari yang lain. Masa makan ke sana sini. Lasak lain macam. Jadi masa tu kami terpaksa bagi dia Hp sekejap supaya dia diam,kami dapat makan dengan tenang dan dia pun tak ganggu orang lain.
Dan aku memang kurangkan makan luar dan kadang pergi time orang tak ramai. Cari meja pun kadang jauh dari orang.
Sebab kita faham macam mana rasa terganggu masa makan,jadi tak nak orang lain pun rasa.
Ye kadang kita faham je anak ni kadang sifat diorang macam tu kan,tapi yang tak faham mak ayah boleh duduk relaks je. At least kalau nampak usaha diorang tegur anak pun dah ok. Rasanya sebab ni orang marah kot.
Tak bolehlah kita ni hidup nak orang je faham kita tapi kita tak cuba pulak nak faham orang.
Aku kadang bila ada orang yang anak bising aku buat tak tahu sebab tak tahu entah2 anak dia istimewa,dan sesekali mungkin dia teringin nak makan luar,aku buat tak nampak je risau parent tu malu.
Sebagai ibu yang ada anak istimewa aku faham sangat macam mana rasanya. Orang yang tak faham maybe anak dia semua normal. Kena duduk juga kasut orang kadang.
Kesimpulannya kedua pihak kena ada common sense la. Aku tak sokong mana-mana sebab dua-dua ada pro and cons.
Sekian ulasan tak bertauliah dari aku
Nfam,
Ibu anak 6 (3 special kids)

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply