Skip to main content
Sombong yang paling teruk adalah sombong dengan Allah.
Yakni, tak berminat nak ambil tahu WAHYU yg Allah hantar khas sebagai panduan hidup kita di dunia ini.
-Rozi bin Muda
Tiba-tiba saya teringat pada orang yang selalu mengelak untuk cari kebenaran.
Mereka akan suka keluarkan ayat ” kami berserah pada pakar”
Lalu apa jua berlaku mereka percaya sahaja dan tak nak ambil tahu ilmu fitan juga.
Ilmu fitan kononnya teori konspirasi (sedangkan bukan semua teori konspirasi itu salah). Makin lama makin nampak satu demi satu tersingkap kebenarannya.
Sekarang dah tahu dah ada orang suka tutup sesuatu dengan melabel dengan panggilan negatif seperti “antivaksin” dan ” teori konspirasi”
Kata-kata di atas ni kena je dengan benda yang saya selalu suka ulang :
+ Ayat pertama yang diturunkan oleh Allah swt kepada nabi Muhammad SAW ialah Iqra
+ Iqra = bacalah. Apabila membaca kita digalakkan untuk mengkaji
+ Tabayyun apa yang dibaca dan dikaji, buat semakan
+ Allah SWT hadirkan naluri dan gerak hati apabila kita berusaha mendekatkan diri pada-Nya
+ Manusia juga diberi logik akal yang harus digunakan dengan sebaik mungkin kerana tak semua benda berasaskan logik
+ Tak semua benda perlu serah pada “ahli” kerana orang yang kita sangka “ahli” belum tentu ahli yang disebutkan dalam Al Quran (bukan semua)
+ Golongan agama pun akhir zaman ramai yang tak berperanan sebagaimana patut
Kesimpulannya jagalah diri sendiri, keluarga dan orang terdekat yang kita mampu.
Ada media sosial gunakan untuk kebaikan.
Semoga Allah ampuni kita jika kita tersalah langkah dan kembalikan kita ke jalan yang benar jika salah.
Dan semoga Allah berikan balasan sewajarnya kepada pemimpin yang diskriminasi dan menzalimi rakyat serta orang yang menyokongnya.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply