Skip to main content

Ramai promoter-promoter kesihatan hari ini kepanasan dan berusaha untuk menampakkan orang lain seolah-olah tidak tahu apa-apa, seperti “tin kosong” yang tiada ilmu. Ilmu itu seolah-olah menjadi milik eksklusif mereka. Semakin banyak mereka menulis dan menyerang, semakin terserlah sisi gelap mereka sendiri.

Ingat, wahai kawan-kawan. Wajah mereka semua sudah dikenali. Mungkin mereka tidak pernah dengar tentang Nuremberg Code.

Nuremberg Code – Tiada Siapa Yang Terlibat Dengan Agenda Akan Terlepas.

 

Pernah dengar tak pasal Nuremberg Code?

Kalau tidak pernah, mari sini saya cerita sedikit dalam bahasa paling mudah untuk anda hadam:

Nuremberg Code lahir selepas Perang Dunia Kedua, apabila dunia menyaksikan betapa kejamnya eksperimen terhadap manusia dilakukan tanpa persetujuan bebas mereka.

Bermula dari situ, dunia bersetuju bahawa:

  • Tidak boleh melakukan eksperimen ke atas manusia tanpa persetujuan yang sah dan bermaklumat.

  • Manusia mempunyai hak penuh ke atas tubuh mereka — untuk menerima atau menolak apa-apa bentuk “rawatan”.

  • Tidak boleh ada paksaan, ugutan, atau manipulasi emosi dalam membuat keputusan perubatan.

Faham tak? Ini adalah undang-undang antarabangsa, bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main.


1. Anda Promote Tanpa Memberi Maklumat Penuh = Anda Sudah Langgar Nuremberg Code

 

Kalau anda:

  • Suruh orang ambil sesuatu rawatan tanpa menceritakan risiko sebenar,

  • Suruh orang ikut sahaja sebab “pakar kata selamat”,

  • Tekan orang dengan ketakutan seperti “kalau tak ambil, mati” atau “kalau tak ambil, jadi pembawa virus”,

  • Buat propaganda palsu untuk yakinkan orang agar mengambil suntikan atau rawatan…

Tahniah. Anda sudah langgar Nuremberg Code.

Tidak kira anda doktor, jururawat, makcik bawang, atau influencer — anda tetap bertanggungjawab.


2. “Saya Cuma Ikut Arahan.” – Itu Bukan Alasan Untuk Melepaskan Diri

 

Di Mahkamah Nuremberg dahulu, ramai penjenayah perang Nazi berkata:

“Saya cuma ikut arahan. Saya cuma ikut perintah atasan.”

Tetapi apa jawapan hakim?

“Arahah salah tidak menghalalkan perbuatan salah.”

Anda tetap bersalah kerana anda punya akal untuk berfikir.

Sama juga hari ini.

Jika anda mempromosikan rawatan secara buta tuli, tanpa fikir kesan kepada orang lain,
anda tidak boleh lari dari tanggungjawab moral dan undang-undang suatu hari nanti.


3. Sebab Itu Wajib Ada “Informed Consent” – Bukan Consent Dalam Gelap.

 

Informed consent bukan sekadar orang tandatangan borang kerana nak cepat.

Informed consent bermaksud:

  • Orang itu faham apa kandungan produk atau rawatan.

  • Faham risiko dan kesan sampingan.

  • Ada hak penuh untuk menolak tanpa dipaksa.

  • Buat keputusan tanpa tekanan dari sesiapa.

Kalau semua elemen ini tidak berlaku — itu bukan consent. Itu manipulasi.

Dan bila manipulasi berlaku dalam prosedur perubatan — itu melanggar Nuremberg Code.


4. Hukuman Dunia Mungkin Lambat, Tapi Hukuman Allah Pasti

 

Kalau dunia tidak menghukum anda hari ini,
ingatlah, Mahkamah Allah pasti.

Berapa ramai yang sakit, lumpuh, malah meninggal dunia kerana suntikan hasil daripada propaganda palsu?

Berapa ramai ibu bapa menangis kerana anak kecil menjadi korban?

Jika anda menyebarkan sesuatu yang membinasakan tanpa kaji,
anda mempunyai saham atas setiap luka itu.


5. Jangan Jadi Alat Sistem. Fikir Sebelum Sebar

 

Sebab nyawa manusia bukan untuk dipermainkan.

Hari ini anda mungkin bangga kerana berjaya menjadi promoter “kesihatan” palsu.

Tetapi esok apabila Allah bertanya:

“Apa yang kamu sebarkan hingga menyebabkan anak orang sakit, umat Islam menderita?”

Waktu itu, nak jawab apa?

Berhenti jadi alat sistem.
Belajar berfikir. Belajar menyelidik.
Dan paling penting, belajar takut pada Tuhan lebih daripada takut pada manusia.

 

#NurembergCode
#AndaPunAdaSahamKalauPromoteButa
#TakBolehPaksaBilaLibatkanTubuhManusia
#TubuhAdalahAmanahBukanEksperimen
#sharingbynfam #awaken

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply