3 orang tak ada dalam gambar dan ini tak termasuk part time dan staf yang outsource.
Apa yang saya hairan ,masa saya dengan mereka makin kurang sebab saya hilang fokus sikit sejak isu plandemic ni,tapi mereka semakin bertambah pula.
Saya masih ada team yang perlu diberi perhatian sebab mereka sedang fasa berkembang.
Ekonomi pun satu jihad juga. Bisnes adalah ibadah.
Selebihnya apa orang nak kata pedulikan.
Apa yang penting Allah lebih tahu semuanya.
Mulut manusia memang tak boleh tutup,biarkan sahaja mereka nak kata apa,tak menjadi kudis pun.
Impian nak pencen bisnes lebih awal kena tangguh dulu,maybe tambah lagi beberapa tahun untuk kuatkan team di seluruh Malaysia.
Sesungguhnya saya sedang memujuk dan memberi semangat pada diri sendiri.
Sebenarnya hati dah tak ada sangat melihat apa yang berlaku pada dunia sekarang
Kuatkan kami ya Allah.