Bagi yang tak dapat berpuasa 9 hari terawal Dzulhijjah, Puasalah pada hari Arafah dan banyakkan berdoa sebab makbul. Abdullah bin ‘Amr meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
AMALAN SAHIH YANG DISARANKAN PADA 9HB DZULHIJJAH ADALAH:-
1. DISUNNAHKAN BERPUASA
Puasa yang memiliki fadhilat paling besar dalam setahun adalah puasa Arafah kerana ia menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun yg lalu dan setahun akan datang.
Dalil Hadith
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ
“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.”
(Sunan al-Tirmizi, no.680, Hadis Hasan).
2. BANYAKKAN MEMBACA ZIKIR KHUSUS INI
Kata Nabi ﷺ, sebaik-baik zikir pada hari Arafah yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah:
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Maksudnya: “Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya kekuasaan dan milikNya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu.” [HR Tirmizi, 3585]
3. MEMPERBANYAKKAN BERDOA.
Doa hari Arafah tidak ditolak. Dalil Hadith:
Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]
Tak perlu mencari ketepatan masa dengan jamaah haji wukuf. Kerana menerusi hadis di atas doa mustajab ini merujuk kepada sepanjang hari bermula Sabtu maghrib. Perhebatkan ketika tahajjud dan sebelum berbuka puasa.
Ustaz Muhamad Rizal Johari
~MRJ