1. Bila kita sedar vaksin hanya melemahkan imuniti semula jadi
Maka langkah seterusnya adalah belajar bagaimana hendak menguatkan semula sistem pertahanan tubuh dengan cara fitrah.
2. Allah tidak ciptakan tubuh kita lemah
Dia memberikan sistem imun yang sempurna; cuma manusia yang merosakkannya dengan racun moden dan gaya hidup yang tidak sihat.
3. Salah satu cara paling mudah, paling murah, dan paling dilupakan ialah grounding
Berjalan tanpa kasut di atas tanah, pasir atau rumput.
Biar tubuh bersentuh dengan bumi, kerana bumi itu neutralizer semula jadi bagi cas elektrik berlebihan dalam badan.
4. Banyak kajian moden pun sudah membuktikan
Grounding membantu menurunkan keradangan, menstabilkan tekanan darah, menguatkan sistem imun dan mengurangkan stres oksidatif.
Rujukan kajian: Chevalier et al., Journal of Environmental and Public Health (2012).
5. Cara kedua ialah sunning atau pendedahan diri pada cahaya matahari pagi
Vitamin D bukan sekadar untuk tulang, tetapi juga “suara utama” bagi sistem imun tubuh.
Satu kajian oleh Nair & Maseeh (2012, Indian Journal of Endocrinology and Metabolism) membuktikan bahawa kekurangan Vitamin D meningkatkan risiko penyakit autoimun dan jangkitan.
6. Dua cara ini percuma
Tidak perlu ubat, tidak perlu jarum, tidak perlu preskripsi.
Hanya perlu kesedaran dan kesungguhan untuk kembali kepada alam dan fitrah.
7. Dalam video seterusnya
Saya akan kongsikan pula tip dan petua apabila tidak sihat — cara saya merawat tubuh tanpa racun moden.
Sebab tubuh manusia bukan musuh penyakit, tetapi kawan kepada kesembuhan jika kita tahu cara menjaganya.
Sudah ada tiga video saya siapkan sebelum ini.
Insya-Allah, saya akan memuat naik semuanya serentak supaya lebih ramai boleh mencuba dan mendapat manfaatnya.







