Semakin Hari, Semakin Pelik

Bunuh sana, bunuh sini. Anak bunuh ibu. Suami tikam isteri. Bapa bunuh anak.
Semuanya seperti babak filem – tetapi kini berlaku dalam alam nyata.

Dulu, bila kes begini muncul sekali-sekala, kita boleh kata itu luar biasa.
Tapi sekarang, dah jadi seperti biasa. Sampai kita pun tidak terkejut lagi.

Mula keluar suara:

  • “Ini semua sebab media sosial.”

  • “Dulu pun berlaku tapi tiada TikTok, tiada Instagram, sebab itu orang tidak tahu.”

  • “Orang dulu baran juga, tapi tidak viral sahaja.”

Ya, media sosial memang ada peranan. Tetapi itu bukan satu-satunya punca.


Media Sosial Bukan Satu-Satunya Punca

 

Dulu kita masih ada akhbar.
Kita juga hidup dalam masyarakat dan menjadi saksi sendiri kepada perubahan tingkah laku manusia.
Kes-kes pelik semakin berganda.

Namun, masih ramai yang hanya melihat kepada media sosial sebagai punca.


Geng Koperasi Sudah Lama Menjangkakan

 

Kumpulan yang sejak awal mempersoalkan naratif arus perdana sudah lama menjangkakan perkara ini akan berlaku.
Kami tahu, antara kesan sampingan daripada suntikan yang dijadikan “penyelamat dunia” itu termasuklah gangguan neurologi dan emosi.

Sistem otak, saraf, hormon – semuanya boleh terganggu.

Apabila sistem ini mula terganggu, tidak mustahil manusia mula hilang kawalan.


Ubat Psikiatri Menambahkan Masalah

 

Tambahan pula dengan penggunaan ubat psikiatri yang kononnya “merawat masalah”,
padahal ia sebenarnya:

  • Menumpulkan fikiran

  • Melemahkan tindak balas

  • Memberikan kesan buruk yang lain

Ini menjadikan individu tersebut lebih sukar untuk memproses realiti dengan waras.


Berani Tak Kita Tanyakan Soalan Ini?

 

Daripada kes-kes pelik dan luar kawalan yang berlaku hari ini –
berapa ramai yang telah menerima suntikan vaksin?

Adakah pihak berani menyiasat dengan telus?

Atau soalan sebegini pun sudah dianggap sensitif dan perlu disekat awal-awal?
Maklumlah, ada pihak yang langsung tidak boleh menerima kritikan terhadap vaksin.

Apa-apa sahaja boleh dipersalahkan – kecuali suntikan itu sendiri.
Ia seolah-olah maksum untuk mereka.


Kebenaran Semakin Terserlah

 

Namun, semakin hari semakin ramai yang sudah mula sedar.
Sokongan terhadap pihak yang mempertahankan naratif vaksin secara membuta tuli juga semakin merosot.

Orang ramai sudah nampak:
“Yang dulu lantang bercakap, rupanya hanya pandai sembang masak lemak.”

(Sebut “sembang kari” pun takut ada yang kata rasis pula.)


Kami Tidak Buat Spekulasi Kosong

 

Kami tidak bertanya kerana suka-suka atau mahu menyebarkan teori konspirasi.
Kami bertanya kerana semua ini ada kaitan.

Apabila tubuh dimasukkan bahan asing, apabila sistem imun diubah secara paksa,
apabila saraf terganggu dalam diam –
apa yang berlaku hari ini mungkin hanyalah kesan tertunda.


Kesimpulan: Sedih Tapi Sudah Dijangka

 

Kami tidak terkejut.
Kami sudah lama menjangkakan.

Cuma kami sedih.
Kerana mangsa seringkali adalah mereka yang tidak tahu-menahu.

Ikut sistem, percaya bulat-bulat – akhirnya tergadai kewarasan sendiri.

Jika anda pernah terjebak tetapi sudah sedar, tahniah diucapkan.
Jika anda masih belum sedar, semoga anda diberikan hidayah. Aamiin.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply