Skip to main content
Umum

KISAH YANG DISALAH ERTI

NIK NUR MADIHAH – KISAH YANG DISALAH ERTI
Aku sempat baca penulisan panjang beliau sebelum dipadamkan. Dan ini adalah pandangan peribadi aku semata,tak setuju tak apa. Aku tak pernah harapkan semua orang bersetuju dengan apa yang aku tulis.
1. Aku sangat memahami apa yang dia tulis walaupun aku tak laluinya.
Cuma aku faham sebab aku pernah berada di situasi yang lebih kurang cuma berlainan jalan cerita.
2. Situasi di mana ketika hampir berada di puncak kerjaya ,kau tinggalkan segalanya demi mencari “sesuatu” yang lebih menenangkan. Bezanya aku bukan pelajar viral banyak A macam dia pun. Itulah bezanya.
3. Aku pernah beli buku dia dulu lepas dia viral. Dan selalu cerita dengan anak tentang dia.Aku juga pernah kagum dengan dia ketika zaman aku masih jahil bab sistem2 ni semua.
Sehinggalah aku sendiri pernah tertanya2 apa dia buat lepas tu? Ramai orang mencari.
4. Tapi baru beberapa hari lepas kita semua dapat jawapan.
Bagi aku dia seorang yang sangat bijak dan mempunyai prinsip hidup dia sendiri.
5. Dia juga diasuh untuk membuat pilihan2 dalam hidup dia. Mak ayah dia pun sokong pilihan dia.
6. Aku hairan dengan orang2 luar yang sibuk “judge” dia macam2 hanya sebab dia bertukar bidang dan akhirnya memilih untuk buat apa yang dia minat dan ada perjuangan sendiri.
7. Definisi kejayaan tu memang kena jadi doktor macam Amalina dan doktor2 cerpen lain tu ke?
Kena jadi jurutera,ahli sains dan segala kerjaya2 yang disanjung2? Baru berjaya?
Allahu.
8. Aku rasa aku ni dah cetek sangat iman dan kurang ilmu. Rupanya ada orang2 yang lebih teruk dari aku.
9. Saudara,
Definisi kejayaan itu luas.
Kejayaan untuk orang yang mengejar akhirat tak sama dengan yang duk kejar dunia ye.
10. Ada orang kejar dunia je,akhirat terabai.
Ada orang kejar dunia sambil kejar akhirat.
Maaf ye aku tak nampaklah contoh dekat pelajar hebat satu lagi yang jadi doktor tapi aurat pun tak jaga. Senang cerita bagi aku dia dah tak kejar akhirat. Aku bukan nak judge tapi ini realiti ye. Kalau semua orang duk memuji dia,biar aku yang tegur.
Ada orang memang kejar akhirat je,tapi dunia masih mengejar dia. Dia berjuang untuk meninggalkan dunia sebelum dia betul2 meninggalkan dunia. Inilah definisi kejayaan untuk orang beriman.
11. Jadi tak perlulah nak sibuk masuk campur hal orang lain dengan kata2 yang langsung tak membina.
12. Aku pun ada anak2 yang langsung tak pernah ambil mana2 peperiksaan pun termasuklah SPM.
So anak2 aku tak ada masa depan ke macam mana?
13. Anak2 aku bukan hebat pun. Biasa2 sahaja. Tapi at least anak2 aku ada depan mata dan buruk baik diorang aku dan suami cuba bertanggungjawab.
Di saat orang lain sibuk mengejar cita2 mereka di U,anak2 aku pun mengejar cita2 juga dengan cara yang berbeza.
Setiap orang laluan hidup tak sama.
Jangan sebab kita ni suka sangat ikut sistem,maka orang yang tak ikut kita kena kutuk.
Belajarlah hormat pilihan orang lain.
14. Aku sampai sekarang ok je siapa2 nak ambil SPM ke apa. Bagi aku pandailah orang tu dah fikir yang terbaik untuk dia sebab tu dia ambil. Maybe dia ada niat nak sambung belajar dan dapatkan ilmu di peringkat tertinggi.
15. Cuma kena betulkan niatlah sebab kita ni dah banyak sangat lambakan graduan yang ambik kursus sekadar nak dapat kerja,last kerja tak dapat. Ada juga yang dapat kerja tapi last ilmu dia tak membantu sangat pun.
16. Aku sendiri dapat staf2 yang ada diploma dan ijazah,tapi bila masuk company majoriti jadi macam zero dan aku yang kena ajar balik diorang banyak benda dan kena hire orang luar untuk ajar dan training mereka balik benda yang luar bidang pengetahuan aku.
Teori yang belajar dekat U dengan praktikal kat lapangan amatlah jauh beza. Aku tak kata tak relevan langsung ke apa,tapi entahlah di mana silapnya.
Sampai sekarang pun aku tak pernah stop bagi training kat staf.
17. Sebab tu aku prefer anak2 aku baik belajar dengan aku dan dengan sumber lain yang aku ada tu je. Sebab kecenderungan diorang pun ke arah nak kerja sendiri.
18. Nak dapat ilmu,banyak je tempat dan cara boleh dapat ilmu,cumanya tak bersijil la. Tak apalah,tak ada sijil,janji dapat ilmu. Cuma beza kalau kau bersijil kau dipandang tinggi walaupun kau buat salah.
Jadi untunglah kalau orang yang ada sijil tapi buat benda betul. Susah sikitlah nak jumpa.
Kesimpulannya ;
Hormatlah dengan pendirian orang lain. Tak perlu sibuk bagi pendapat kat post dia hanya sebab apa yang dia pilih tak kena dengan tekak kita.
Pandangan memang susah nak sama sebab kita mempunyai latar belakang ,pengalaman,pengetahuan dan cara pemikiran yang berbeza. Tak salah nak bagi pandangan tapi biarlah berhemah dan jangan sampai down kan pilihan orang lain.
Kepada adik Nik Nur Madihah ;
Teruskanlah pilihanmu dik. Pedulikan apa orang nak kata. Adik lebih tahu apa yang terbaik untuk diri sebab adik selalu utamakan agama berbanding yang lain. Orang yang letak agama di tempat teratas jarang sangat buat silap. Biarlah orang nak kata apa ok.
P/s : Teringin nak beli buku penulisan dia dan nak bawak anak2 jumpa dia. Jomlah kita support dia dengan beli buku dia.
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam
6hb June 2024

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply