Skip to main content
Umum

Kisah Di Sebuah Kampung.

By January 14, 2022No Comments
Di sebuah kampung,ada seorang penghulu kampung yang suka menyalahgunakan jawatannya untuk kepentingan diri.
Satu hari dia memberitahu pada orang kampung.
“ Siapa yang tak makan xxx nanti kena penyakit. Jadi semua orang kena makan sebab sekarang penyakit tu dah mula nak serang kampung kita”
Ketua kampung dibantu oleh beberapa orang yang kononnya cerdik pandai.
Maka semua pakat percaya kecuali sekumpulan kecil yang meraguinya.
Golongan 10% ini cuba mengkaji kebenarannya dan rupanya ianya satu penipuan.
Golongan 90% terus mengambil dan sentiasa menghina yang tak ambik xxx tersebut.
Pada mereka yang tak ambil ini menyusahkan dan harus disisihkan.
Sampai satu masa,ketua kampung kata kena ambil berterusan termasuklah kanak-kanak pun sama.
Sedangkan dalam masa yang sama orang kampung tersebut ramai yang mati dan sakit serta menderita selepas ambil.
Samdol berkata “ Aku ambil ,ok je” – (benak)
Dollah berkata “ So,ko tak ada perasaan dan hati perutlah,tak kisah pada orang lain yang ambil dan sakit lepas tu? Atau ko nak tunggu kena batang hidung ko baru nak sedar? “ – (cerdik)
Minah berkata “ Hari tu lepas cucuk,sakit-sakit badan,lemah je rasa. Doktor cakap ada masalah jantung. Agaknya dah sampai masa sakit,sampai masa mati “ – (in denial )
Itulah yang sedang berlaku di kampung tersebut.
Satu hari ketua kampung kata kena bagi makan xxx pada kanak-kanak pula.
Tiba-tiba mereka marah pula “ kami takkan bagi anak kami makan xxx sebab kami pun sakit macam-macam lepas makan”
Wah wah,tahu pula sayang anak ye.
Dulu golongan 10 % berjuang kena maki,kena hina,dituduh dan dikeji macam-macam. Bila sampai masa ketua kampung melampau baru nak nampak benda ni semua.
Golongan 10% itu berjuang untuk semualah,termasuk anak-anak tu.
Walaupun nasi dah jadi bubur,belum terlambat untuk bersatu dan menolak saranan ketua kampung tu.
Kalau semua berpakat,apa ketua kampung boleh buat?
Hei,ketua kampung tu orang kampung yang pilih,gaji dia pun hasil orang kampung,so tak yah lah nak acah berkuasa sangat.
Si polan datang kata “ kita kena patuh pada ketua kampung sebab ada yang kerja dengan dia,tak boleh nak buat apa”
Siapa kata ?
Kita masih ada hak atas diri sendiri. Tak semua benda kena jadi macam lembu kena cucuk hidung.
Bangkitlah dan sedarlah.
Hentikan kebodohan ini.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply